Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Wednesday, September 24, 2014

Adam & Loom Bands

Kalau bercerita pasal anak-anak, tak pernahkan habis. ekekeke... Ada jer benda-benda baru, perangai-perangai baru yang dorang nak tunjukkan kat kita kan??

Ok, skunk dak ADAM ni dah pandai nak berniaga pulak. Kan skunk tengah musim Loom Bands. Ala yang main getah-getah color tu. Yang kita anyam boleh jadi gelangh, jadi rantai, jadi cincin, jadi getah rambut pun boleh. Zaman aku dolu-dolu getah ni ada 1 color jer pun tak dapek yang berkaler2pul ni. Itupun masa zaman aku dulu, tak mintak duit mak semata-mata nak beli getah.. Nak mamposs?? kang getah tu jugaklah yang hinggap tengah blakang.. Uuhuuu takoott giler aku time tu. Kalau waktu dulu, aku nak main lompat getah, aku siap kutip kat kedai runcit bawah umah aku tu. Kutip banyak-banyak, kumpul, then main lompat getah. Itu pun dah cukup haven dah time tu. Hahaha..

Budak2 skunk, takyah mintak, mak bapak pulak yang naik syiokk nengok getah tu color2pul. Geram jer nengok, sebab cantik-cantik pulak color dia. #hahahaha  #akulahtu yerlah zaman dolu-dolu tak merasa.. uuhuuu

So, skunk dia pun dah start terjebaklah jugak. Aku ajar dia sekali jer mengayam benda tu terus terror. Then dia turunkan pulak ilmu tu kat Qaseh. So skunk dua bradik ni sibuklah mengayam loom bands tu. Yang klakarnya, pegi rumah orang kawin pun dia bawak benda tu. Yang paling tak menahan tu sebelum pegi umah orang kawin tu, dia sibuk tanya aku, ada tak payung ngan meja. Aku tanya gak nak buat aper. Rupenya dia nak pacak payung & meja tu kat umah orang kawin.  Hoooiiilah adam, jangan hober sangat okey, jangan kasi malu mak apak ko ni yer nak.. #ekekeee majlis orang tu nak, bukan majlis kita yer... kaber sikit.. HAhahaaa.. Korang tau, masa kenduri tu ada gak yang membeli loom bands dak adam ni.. Heheheee.. Adam jual kalau gelang size Medium - RM1/pc tapi kalau tangan orang tu besar sikit dia jual Large - RM2/pc then kalau cincin dia jual RM0.50 sen jer.

 Tenkiu yer yang sudi membeli <3

Contoh Loom Bands

Pastukan, dia siap cakap Mommy, kalau mommy free2 nanti, mommy masukkanlah gambar getah2 abang ni kat facebooknyek, nanti barulah orang tau abang jual loom bands ni. Hahahah nak tercekik aku dengar.. tergelak aku bila dia request cmgitu. Nampak tak?? dia cuba untuk meluaskan bisnes dia.. Ekekekekeke.. 

Tangan Customer

 Poyokan??! bila dapat order kemain seronok lagi dia. Siap cakap ngan qaseh, harini ramai 'customer' order getah ni, banyaklah kita duit qaseh.. Hahaaa padahal customer tu aunty2 & uncle2 dia jer pun. hehehe perkataan customerrr tu yang tak boleh tahan tu.. nyammmpahh aku!


Kenkadang tu seronok gak aku nengok dia berniaga. Siap ada package Services After Sales lagi. Ko mampu?? Hahaha. Bila customer order ngan dia, kejap2 kang dia ukur tangan customer, tak muat dia kait lagi.. kang dia ukur balik, sampai ngam2 tangan customer. Siap dia suh customer tu cuba pakai depan dia lagi. Tanya customer okey ker tidak, kalau tak okey dia akan buat sampai customer puas hati ngan hasil tangan dia.. Hahahahahh ko mampuuu???!  Yang lagi bestnya customer boleh pilih combination color yg dorang nak. Hebat anak aku! #oopssterpujianaksendiri #ekekeke #matilar

Masa pegi umah MIL, abis semua orang dia suh beli. Terpaksalah aunty & uncle dia melayan dua bradik tu. Ekekeee. Yang uncle boy dia pun saje lah menanye boleh ke dia nak tempah buat rantai. Tak sempat uncle boy dia nak cakap nak yang cmner, cmner dia dah cakap awal-awal.. Ooo itu mahal sikit sebab besar, RM10 kalau rantai.. Hahahahahah.. tersembur aku & boy bila dia pandai letakkan harga. Ekekekeke.. memang tak sangka aku. Ekekeke.. ko ingat boleh *chenekel dia?? dia lagi bijak okey.. Hahahahaaa.. Adam.. Adamm...

Oh yer, malam tadi Aunty Leez dia call nak tempah getah rambut 6 pcs. Kemain happy lagi dia. Siap cakap ngan qaseh, harini ada lagi customer nak tempah getah rambut ngan kita.. Hahahaha. Siap dah congak2 dah brape amount yang dorang dapat nanti. Ekkekeke.

Siannn anak-anak aku, kecik2 dah pandai carik duit sendiri.. Hahahaha

Tetiba aku teringat conversation aku ngan dak Adam aritu, sajelah aku nak nengok dia cmner.. :)

Mommy : Abang, nanti mommy buatkan abang facebook nak tak?
Adam : Boleh lah, nanti mommy buatkan abang facebook. Tapi abang tak nak instagram tak best, abang nak twitter tau mommy!
Mommy : Gulp! (twitter pun aku takdo cmno..??) 

Hahahahahah. Anak owh anak!


Siapa nak order boleh lah rojer kitew! <3



No comments:

Post a Comment