Saturday, July 25, 2015

Raya Kami 2015

Salam. 
Macam dah lama jugaklah tak 'mengayat'. Dekat sebulan lebih ada kot. Nak mula balik macam kelu pulak rasanya.. ehcehhwahhh.. Muahahhaa.. 

Rasanya belum terlambat kot nak bagi ucapan 'SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN' kat kengkawan alam maya.. raya sebulan kan? ngehh..ngehh.. Aku mintak maaflah kat kengkorang kalau selama aku mengayat ada yang tersentap ker, tercuit ker, terguris & menang ker.. aku mintak maaf yer. SORRY tau! 

Macam tahun2 sebelum ni, macam tulah jugak aktiviti raya aku kali ni. 
1st raya (pagi) beraya umah mak aku (sg. buluh) & belah petang pulak beraya umah mak mertua aku kat Cheras. Nasib baiklah aku & en. daddy takda masalah untuk berebut balik. Masing2 dah tau schedule. So far takda masalah. 

Seyes, tahun ni aku agak bersederhana dalam menyambut raya. #seyesterasapasalgst
Baju anak2 pun last minit je aku cari. Malam raya engko. Orang lain sibuk duk mengayam ketupat malam raya, aku dok sibuk gi bazar tgk baju raya. Itupun untuk baju Qaseh & Indah je. Yang Adam punye, aku suh dia pakai yang last year punya sudah. Sebab still elok lagi, cuma carikan sampin baru jer, sebab sampin lama dah senteng. Yang En. daddy pun sama, pakai last year punya, cuma tukar style sikit. Kali ni baju melayu pakai ngan seluar jeans. Hehhee. Nasiblahlah. Aku??! ermmm.. #pinjambahujap seyes tahun ni palinggg..paliinggg..paliiinnnggggg aku tak bersiap aper pun nak beraya. Pakai jer jubah yang ada.. #sobsob sedey memang sedey, tapi nak pujuk hati sendiri, cakap dengan diri, ada orang lagi susah dari ni. Dah bertahun2 raya tak berganti baju.. Ko baru tahun ni, nak terguris bagai... Hahhaaaa.. nampak tak permainan psikologi aku macam mana..  

Dah, meh layan gambar raya yang tak braper nak ada ni.


 
Time baik camnilah, oleh peluk2, boleh gelak2, boleh main geletek2.. Kang tiba time dorang tak brape nak baik, terkene sikitt pun dah menjerit...




Hero air mata. Takyah cakap banyak, dah macam air terjun air mata  dia jatuh.



Dia cakap sebab dia abang, adik2 kene pegi minta maaf dengan dia.  
Banyak cantik.Aku paksa jugak si adam mintak maaf dengan Qaseh sebab dia banyak menyakat qaseh. Dengan Indah pun aku paksa jugak..
Kemain pelahan lagi suara korang yer nak mintak maaf. 
aku pasang telinga jer..


Yang si Indah, memang dramaaa sangat dak kenit ni. Baru jer cakap Selamat Hari Raya dia dah start melalak. Tak tak aper yang dia sedeykan sangat.. Hahaaa.. Banyak salah kot? ekeke


Ok, last pic. Ni jer pic together2 yang sempat aku ambik.
 Gambar tuan tanah ngan En. Daddy

Aper2 pun aku nak ucap
 "Selamat Hari Raya Uollzz"

 


Tuesday, June 2, 2015

Food Jam (Health Food Restaurant)

Yeeeaaayyyyy! 
Ada lagi 1 tempat makan yang menarik kat area rumah aku, aku dah jumpe.
#nampaktaknikmatmakankatsitu


ngehhhh..ngehhhh..ngehhhh


Kalaulah takde suadara zulkiflims ni tinggalkan jejak kat belog aku, compem2 aku tak tau pasal FOOD JAM ni tau. Tenkiu bro!


FOODJAM
(Health Food Restaurant)
No 35, jln BRP 1/4,
Bukit Rahman Putra.
40160 Sg Buloh.Selangor





Aku suka suasana kedai macam ni. Cozy sangat.
Sambil makan, boleh dengar lagu yang tak menyakitkan telinga..

En. daddy yang sedang kelaparan.. 


Ice lemon tea (homemade) - RM3

Aku macam biasalah, kalau nak cuba satu2 tempat makan yang baru tu, mesti aku nak tanya soklan ni "Boleh rekemen tak, makanan aper yang special kat sini?"

Brader tu rekemen kitaorang makan yang ni 

Copy from Food Jam FB
Ni nama "Food Jam"

Tapi brader tu cakap, portion yang ni boleh makan 3 -4 orang.. 
Halamakk! camno tu, aku berdua jer ngan en. daddy masa tu.. 
Next time, InsyaAllah.


Aku order yang ni. This is call flatland...
(Serve with Spaghetti, Grill Lamb, Mashed Potato, Russian Coleslaw & Garlic bread) 


En. daddy order Funky Chicken
Nampak tak en. daddy dah tak boleh nak menahan lapau.. 
Tak sempat aku nak snap.. dia dah zaaaassss
hehheeee..

Seyesss, memang sedap!

SO, far portion dia memang just nice.. tak terlebihh.. tak terkurang.. Ngam2..

Selain dari tu, banyak lagi makanan yang Food Jam sediakan dengan harga yang boleh buat korang pengsannn 400 ribu kali... tak caye??! meh sini i show you naa..

Antaranya

Pic copy from : Food Jam FB
Spaghetti bolognese RM 6 only
See??! pitam kan? mane nak dapat spaghetti RM6 uollz

Pic copy from : Food Jam FB
Spaghetti Carbonara only at RM 6

Pic copy from : Food Jam FB

Dan banyakkkkkk lagi... 

 hehheee.. takut nak copy gambar banyak2, kang tak pepasal kene saman..
 eh.ehhh..!

Maps
Ahkak ko begitu baik hatilah nak, siap sediakan maps bagi memudahkan uollz nak ke sini.

Business Hours
Monday - Thursday & Saturday
12.00pm - 3.00pm
6.30pm - 11.30pm

Friday
2.30 pm - 11.30 pm

Sunday
Closed 


Soooooooo, any information boleh rujuk sini.
FB : FOOD JAM
or INSTAGRAM : FOOD JAM



Dah.. dah.. lagi lama aku tenung gambar makanan ni..
 makin lapau aku dibuatnya...


Monday, June 1, 2015

'Makeover' Bilik Tidur Kidz

Sebenarnya project ni dah lama dah, tapi baru sekarang aku ada mood nak update.. dasar pemalas kan?? haahaha

Project Makeover ni tercetus bila aku & en. daddy pikir dah tiba masanya untuk anak2 tidur kat bilik sendiri. Sebab masing-masing pun dah besau panjang, Adam dah darjah 2 & Qaseh dah 6 tahun. Memang dah sesuai sangat tidur bilik asing.

So, sebelum nak transfer anak2 kat bilik lain, aku nak kasi naikkan mood dorang dengan meng'makeover' bilik mereka.





Ni gambar bilik 'BEFORE' di makeover



Wall painting konooonnye..
Aku lukis, en. daddy tukang cat..
Oklah tu kan.. aper yang penting??
KERJAAAASAMA
 




Yang anak2, aku kerah buat DIY lettering pakai kotak terpakai jer.
Yang si kecik pun taknak ketinggalan, nak main2 color jugak..
Tak kesahlah nak, janji korang happy.. 


AFTER

 
Tadaaaaaaaa.... not bad gak kan? #matilarpujidirisendiri
Takyah susah2 nak beli wallpaper kan.. ngehhh..ngehhh
 

ok, guys! dah ready nak nengok hasil makeover bilik tidur kidz tak?
hehehee.. simple jer..
 

-



-



-



-



-



-



-



-



-
 
 
 


  Inilah hasil usahasama, aku, en. daddy & anak2..
Hasil kasih sayang kami. #sweetsangatkan 


Oh yer, Lettering yang Adam, Qaseh & Indah buat tadi pakai kotak tu, aku hang  kat dahan pokok. Ikat pakai tali. Aku nak nampak nama dorang macam tergantung.. gituew!
 Nama Indah takdelah, sori Indah.. next project mybe.. hehehe #mommydahpenat  hehehehe..



Itu jer citer untuk harini.. ok, bai.. 

Friday, May 29, 2015

Sakit Mental!

Ya Allah, taktau lah aku nak cakap macam mana. Sekarang ni nak lepas anak2 main kat luar pun pikir banyak kali. Bukan kata nak lepas anak2 main, nak bagi anak2 pergi sekolah pun risau sangat2.. Aduh! camner lak tu.. uuhuu

Seyes aku ngan en. daddy risau sangat2 sekarang ni. Sebabnya, dalam 2, 3 hari ni aku ngan en. daddy dapat wassap bertalu2 dr group wassap masing2 berkaitan dengan seorang pesakit pedolifia yang baru jer keluar dari penjara.

Pedolifia tu aper?
Secara ringkasnya PEDOFILIA merupakan gangguan psikiatri melibatkan orientasi seksual yang mana kebanyakan pedophile boleh menjadi seperti heteroseksualiti, homoseksual atau biseksual. Ia melibatkan rangsangan erotik, fantasi dan tarikan seksual terhadap kanak-kanak. Bedasarkan DSM-III (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders) dan Persatuan Psikiatri Amerika, 1987) menyenaraikan ciri-ciri dan kriteria penting pedofilia sebagai berulang-ulang, dorongan seksual, kebangkitan fantasi dan hubungan seks serta berlaku sekurang-kurangnya tempoh enam bulan. Ia melibatkan aktiviti seksual terhadap kanak-kanak yang umumnya berumur 13 tahun ke bawah.

Sumber:  SINAR HARIAN



Giler aku tak risau.. Menurut sumber jiran2 & kawan2 kat group wassap, orang tu ada dekat sekitar perumahan kitaorang area Subang Bestari. Mamat ni akan ada kat sekitar pusat2 tuisyen & sekolah. #gulp!




nilah muke mamat tu! 
Bakasah Kayon, 34, 
Boleh rujuk sumber di Karangkraf



Gambar atas ni, dia dikesan berada dekat area pusat tuisyen.

Masa aku dapat wassap ni, seyes aku dah tak senang duduk kat opis. Kalau boleh nak terbang balik terus ke rumah .. uuhuuuuu...



 Reminder dari pihak Genius Aulad Subang Bestari pulak



Petang tu pulak dapat lagi wassap. Yang kali ni, lagi buat aku betul2 risau & berdebar2. Mane taknya, orang tu ada dekat area sekolah anak aku.. 
Ya Allah. Mintak dijauhkanlah segala perkara yang tak diingini. 
Ya Allah lindungilah anak2 kami Ya Allah..


Aku citer ngan anak2 pasal mamat pedo ni supaya anak2 lebih berhati2. Hari2 aku remind Adam ngan Qaseh, kalau pergi sekolah, turun jer dari van, cepat2 masuk kawasan sekolah. Jangan nak berjalan berlenggang lenggang kangkung sangat. Kalau balik sekolah pun sama, tunggu van dalam kawasan sekolah or duduk dekat area  pak guard. Then aku pesan gak ngan anak2, kalau ada orang nak kasi sweet ker, ice cream ker, nak kenal2 ker, nak tanya aper2 ker, jangan layan. Terus pergi kat tempat ada orang ramai. Jangan duduk sorang2..

Zaman sekarang ni terlalu ramai orang yang sakit mental!!

Ada parents yang dah buat police report. Tapi feedback yang polis bagi agak mengecewakan. Selagi mamat pedo ni  tak buat aper2 (means melakukan kesalahan) selagi tu, polis tak bole nak tangkap dia. Huuurrrmm.. 
Achanner tu?

Dah jadi baru nak bertindak ker en. polisi.. Uuhuuuu..
Aku harap sangat, pihak polis boleh kerapkan lagi rondaan dorang kat kawasan perumahan kitaorang ni... 

Semalam, Adam cakap ngan aku, setiap kali dia nak pergi sekolah, dia rasa berdebar2 & takut. Aduh! bukan kata dia, aku pun kalau setiap kali nak lepaskan anak2 tu berdebar2.. risau.. takut.. segala macam kerisauan ada.
Semoga Allah melindungi, anak2 kami..

:(

Tuesday, May 19, 2015

Alive 3D Art Gallery

Salam,  Hai uollz! #lambaiciked
Terima kasih sebab setia menanti next entry. 
Aper yang aku boleh share, aku share kat sini yer tak? 
Kalau info aku tak cukup lengkap, jangan malas, silalah google yer.. 

~ Hahaha ~

Lepas dah check out hotel, adik aku Erra ajak pergi Alive 3D Art Galery.
Kat mana tu...? okey ni alamat dia, aku bagi siap2. Masa aku nak ke sini pun, aku tak tau, tanya2 orang & cari pakai waze. Alhamdulillah jumpe.

Address:  
NO 38-40, JALAN DS 2/1, BANDAR DATARAN SEGAR, LUKUT, 
71010 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
Phone:+60 6-651 5400
Hours: Open today · 11:00 am – 11:00 pm

Nak lagi mudah, korang cari landmark Giant area Lukut. InsyaAllah jumpa.





Ok, ni harga untuk masuk sini.
Dewasa : RM25 | Kanak2 : RM20 | Warga Emas : RM20
yang penting GST dorang bayaukan.. katenye.. #bluuek
 Owh yer lupa nak bagitau, kalau nak masuk sini, kene tanggal kasut. So kasut2 tu korang kene masuk dlm locker. Locker kene bayar tau, tak silap RM2 untuk satu loker. 
Ingatkan, bila GST dorang bayaukan dah save.. rupe2nye.. pusing2 terkene gakk.. 
hahahaaa.. nasib ko lah labu...


Wajib ambik gambar before masuk.. :)

Dah..dah...! stop membebel, meh masuk layan gambar pulak..  #ekekek
 Aku pun dah lupe susunan gambar ni, yang mana dulu.. lantaklahkan.. hahaaa

 Bab berlakon, serah kat dia adik aku laki bin, taknak kalah..


Macam yo2 oo jer dak Adam ni.. hehe



Merenung ke bulan.. Kemain lagi.. Kaki tu siap silang tu.. 
Nape dam?? teringat kat awek ker? hehehe
Sunat dulu baru boleh citer.. bab2 awek yer.. 


Seyes, time ni memang aku terperanjat..
"Ceh..ceh.. mane badan qaseh? Macam mana qaseh buat camgitu..
hoii seramm mommy tengok ni qaseh.."
Yang dak qaseh, dgn tak bergiginya tu dok senyum2 tgk pe'el mak dia menggelabah, cari jalan macam mana nak buat camgitu.. Hahahaa..

Rupa2nya, ada 1 pintu dia kene masuk ikut blakang & menyelinap masuk bawah meje tu. Yang bawah meja tu rupanya cermin.
Hoii terkejut mak ko nak, jumpe2 anak tinggal kepala & tak bergigi.. hahahaha
Seyes kagum kejap aku..


yang ni pun seyes, nampak along (niece) macam dalam botol
barulahlah boleh letak nama
"Hantu dalam botol kicap manis"


ekekeke.. sampai terselak kain orang tu ko buat long.. iskk..isskk



Macam2 pe'el


gaya tu gaya... kene hober.. Kalau tak, tak jadi gambar.


Makan adap2 namanye..



Ni, antaranyalah.. Aku kasi sikit2 jer supaya membangkitkan 'rasa' korang nak pegi gak tengok aper lagi yang ada kat situ.. boleh camgitu?

 Tapi dalam banyak2 gambar, gambar ni yang paling WIN..


@____@





@________@



 

@_______________@ 







@_____________________________@







@__________________________________________@  


 
chomelll sangat ni dak Indah. Hahahaaa..
Nak pulak tu dia mengikut.. Ekekeke..
Masa nak ambik gambar dia masa ni, memang kecoh, sebab aku tak berenti tergelak tengok perangai dia.. Aku suh tunduk, dia tunduk.. aku suh peluk.. dia peluk..
gewaaamm giler ngan budak techik ni... seyes!


eh.. lupe2 lupe nak bagi tips, heheh.. kalau nak gambar tu nampak real, korang kene ambik gambar dari point yang dah tetapkan. Pihak Alive 3D Gallery ada tampal sticker  (point) tu kat lantai, so senang. Kalau korang ambik gambar kata angle lain, memang gambar tu tak nampak real.. hokey.. aku harap korang paham aper yang aku cakap.. muaahahaaa.. 


So, far anak2 happy & yang lain2 enjoy.
Cuma kalau boleh, aku nak mintak pihak Alive 3D tu turunkan harga sikit lagi.. Sian kat orang yang ada anak ramai, tak mampu kot nak masuk sini... Itu pendapat akulah..


Oklah, bai!








Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...