Thursday, December 11, 2014

Tenkiu Nuffnang

Assalammualaikum...

Kekton nak ucapkan ribuan TERIMA KASIH kat  
Nuffnang & Advertiser 
sebab dorang percaya & sudi tepek ads dorang kat belog aku ni 
http://luvelymummy.blogspot.com
Terima Kasih bebanyak yer..



Alhamdulillah, untuk ke first timenye ada 16 on going campaigns kesemuanya.
Pecah rekod nok! Terkejut kekton..

Hahahhaaaa...

Hopefully lepas ni lebih banyak lagi advertiser yang sudi menepek iklan mereka kat blog ni.


TERIMA KASIH & THANK YOU

Wednesday, December 10, 2014

Pasta Express @ Seksyen 19 Shah Alam

Sape penah terai makan Pasta Express kat Seksyen 19, Shah Alam tu? 
Cer tenyit mata sikit  >__*  hahahahaa..
Aku pun baru terai makan kat sini atas advice warga Shah Alam Residen (Tak suka ban orang) memang terbhaaooeekklah korang ni.. Tenkiu yer!

Ni address Pasta Express Seksyen 19. Senang nak cari tempat ni jangan risau. Korang cari je Wisma Zaiton (ala, yg pengasas kecantikkan tu.. yg treadmark dia cantik tak kakton..?) okey dah tau kan. Pasta Express tu sederet dengan wisma kakton tu jer. :)



Antara review yang aku terima. Velambak lambak hokey...
Time Aceh.  >_____<


 Malam tu jugak, aku gi terjah kedai tu. 
Fuh! nasib baik tak ramai orang. Suke aku!


pic copy dr fb
Antara menu yang ada kat Pasta Express ni.
Ada yg rekemen kat aku suh makan Calamari rings, Grilled Chicken Chop & Ribs
Tapi malam tu, aku pilih untuk order, Grilled Chicken & Fish & Chip sahaja.
Yang lenlain, InsyaAllah next time.

 Adam order Fish & Chip

Aku & En. Daddy order Grilled chicken chop

Spaghetti bolognese ni untuk Indah

Yang terbestnye, budak2 makan free. :) selected menu sahaja.

Sambil-sambil nak tunggu makanan sampai, kita usha dulu tempat ni.






Boleh tahan jugak idea deco kedai ni. Aku suka  lukisan yang ada kat dinding2 kedai tu.
Cuma aku rasalah, kat sini kene ada kan tempat 'kids room.' So sonang nanti mak apak nak menikmati makanan.. ngehhh..ngeehh.. itu pendapat akulah.


Ko tengok budak dah tak menyabor nak makan. Sampai atas meja dia duduknye.
haiisshhlah... Indah memang payah mommy nak bawak awak kat tempat makan. :(

 Menu

Takyah pening2 nak makan aper. Semuanya dah tertera..
Harga memang berpatutan.


Review aku untuk Pasta Express ni aku bagi 7.5/10 bintang
hahahaha. Boleh pulak main setengah2..


oklah, Selamat Mencuba!




Wednesday, December 3, 2014

Indah First Movie, Penguin Madagascar

Dah lama tak bawak anak-anak tengok wayang. Bila ada je mood nak nengok wayang, citer lak tak best. Citer lak mengarut2, tak sesuai untuk dak2 kecik nak tengok. Kalau nak pegi pun kene pikir lebih 100 kali, sebab pikirkan nak bawak ke tak budak kecik kenot Indah tu. 

Fuhh! pening gak memikir. Tak bawak sian nengok. Baru jer bukak pintu rumah dia orang first lari tuju kat kete.. Bila bawak pulak, tak sure dia boleh duk diam ke idak. Boleh ke dia senyap tak jerit2.. Okey ker dia.. tak menangis ker dia.. fuuuhhh... dalam dilema aku.... macam semalamlah. Last2 tawakal jerlah bawak gak dak kecik kenot tu semalam tengok wayang.


Bila tanya Indah tengok aper ni? "Waaayaamm.." hamboi kemain dah nak sama bunyi ngan ayam je.. hahahah.. Best tak?? "besshh.." sambil2 angguk..geramm aku nengok. Mcm nak lepuk2 jer.. Hahahah


Aku suke nengok wayang  kat TGV Strand Mall. Sebab tak ramai orang. Suke hati kite wak.. :) 


Semalam tengok citer Penguins Madagascar. Best gak citer dia. Kelakar. Happy giler anak-anak dapat tengok wayang, expecially dak tecik tu. Nasib baiklah dia behave malam tadi. Kalau tak, mau sekerat jalan je. Hehehee. Nak bagi dia dok diam, aku umpan dia ngan popcorn & air satu. Hahaha.. Puas hati. Baru dia boleh duk diam.


Peminat setia citer Frozen iaitu Kakak Qaseh


Dak tecik ni pun, taknak lepas peluang, nak ambik gambar jugak. 
Bila dia nampak je gambar frozen ni terus dia sebut.. 
"Jenn..jeenn.. gooo..gooo...gooooooo" hahahahaa.. 
Hebat betul penangan citer Frozen ni nyek.




Lelaki Harapan Dunia.. boleh camgitu?? heheheh



Chak!!!

Ok, dak kecik kenot, untuk percubaan kali pertama tengok wayang malam tadi mommy isytiharkan awak lulus dengan cemerlangnya..
Next time mommy boleh bawak awak lagi tengok wayammm.. yer.. 
ehh..silap wayang.. hahahaha... 
lega mommy....
 

Monday, December 1, 2014

Toodoong By Luvelymummy Collections

 
Assalammualaikum <3
Windu kitew tak? Kalau windu kenyit mata ciket. 
Camgini    >_<  heheheeh

ok, cun! hahahahaa


Citer banyak tak nak, harini aku nak jadi saudaghar tudung boleh? Aku nak memperkenalkan
'Toodoong By Luvelymummy Collections' untuk tatapan korang. 
Manelah tau ada yang berkenan ker..
Rugi, okey kalau korang tak rembat satu buat koleksi. :)

Toodoong By Luvelymummy ni ada 3 jenis material
Satin, Satin Glitter & Syiffon. 
Untuk harini aku keluarkan yang syiffon dulu yer.

:)

Korang jangan risau, tudung2 ni memang mengikut piawaian aku.  #hamboikemainko

1. Tak terlalu jarang.
2. Material dia sejuk jer, mcm pakai aircond kat dalam tudung. 
3. Mudah bentuk. Contoh macam model tu pakai.. (model ker tu.. uuuwweeekkk!) hahaha
4. Yang paling penting tutup dada. Jangan risau yer.. :)



Toodoong By Luvelymummy Collections


Toodoong By Luvelymummy Collections
 Plain Halfmoon
Price : RM30 | Postage : RM6

**Colours may slightly 10% different due to lighting effect
 


Toodoong By Luvelymummy Collections
 Plain Halfmoon
Price : RM30 | Postage : RM6

**Colours may slightly 10% different due to lighting effect



Toodoong By Luvelymummy Collections
 Halfmoon Polkadot
Price : RM30 | Postage : RM6

**Colours may slightly 10% different due to lighting effect


Toodoong By Luvelymummy Collections
Halfmoon Polkadot
Price : RM30 | Postage : RM6

**Colours may slightly 10% different due to lighting effect


 
So far, aku kuarkan 8 color untuk plain halfmoon & 7 color untuk halfmoon polkadot.
So, pada yang berminat bolehlah 

E-Mail : aida3047@gmail.com
Tittle: Toodong By Luvelymummy Collections

Details
Nama:
No. Phone: 
Item & Qty:



Terima Kasih Semua.. 
Jangan lupa support 
Toodoong By Luvelymummy Collections yer!

Muahciked!


 
Ikhlas dari:
Saudaghar Toodoong



Monday, November 17, 2014

Shopping with @Poplook

Suke naw-naw hati kite wak. Barang yang ditunggu2 dah dapat kat tangan.
yeeeaaahhh!!!
#lompatbintangberirama

Boleh dikatakan rajin jugaklah aku & the geng (kak asmah & kak xeera) shopping online kat Poplook ni. Pantang poplook kuar teaser jer laju jer aku ngan kak Xerra "wey! esok kul 11 ada baju baru..  Muaaahhhaaaa.. WALAUPUN baju baru itu keluarnye tengah2 bulan, makanya concept sharing is caring  di praktikkan oleh kami. Muahahahahaaaa.. #bukutigalimalahaperkelagi







 Baju Kiko Satin ni pun peberet gak..  :)
Tapi lagi peberet..peberettttt ialah tops  Haley Chiffon Blouse.
Pantang betul, kuar color baru mesti nak rembat sorang selai.





Kenapa Haley Chiffon Blouse jadi idaman kelbu.. sebabnyeeee...
Weollz suka cuttingnya yang kembang di bahagian bawah. 
Memang cukup kene dgn pemakainya yang cutting 'special edition' hahaha.. 
(aku jer yg special yg bebenornye) Hahahaha


Tenkiu kak Asmah jadi model tukang pegang baju. Hahaha..
Ni baju baru sampai dari poplook.
Yang ijo tu kepunyaan aku, merah tu kak asmah (jeles aku dgn color merah tu, cantik gile) yang purplis grey tu kak xeera punye.. suke..suke..sukeee...

Stakat ni aku dah ada 4 color Haley Chiffon Blouse tauu.. muaahhaaa..
Ko ingat org herann?? #libastudung

Kalau korang suke korang boleh terjah sini



Itu jer nak citer. Ok bai!
From us 'Poplook Lover'

Thursday, November 6, 2014

Kidzoona @ Empire Gallery

Ni citer, last punye last punye last punye last punye lassssstt weeken.
 Hambek ko! brape banyak lassstt da.. #ekekekeke.

Dah lama bebenow tak berjalan kat Empire Shopping Gallery ni. Dah banyak kedai bukak. Macam kedai LEGO ni, dulu takde.  Kemain meloncatlah dak Adam bila nampak kedai ni.





Setakat mampu tenung jerlah yer dam dari luar kaca. Harga boleh tahan mahal jugak. So, simpan jelah hasrat nak buat muka chepocen. Memang mommy tak layan. Sorry..

Lepas settle dak Adam buat qc kat kedai Lego, bawak dorang gi makan kat Serai pulak. Dak adam dah start lapar, sebab bayak kali telan air liur kat kedai Lego tadi.. hehehehe  
Sian...

Nasi Kerabu
 Aku order 'Nasi Kerabu'. Boleh tahan sedap jugaklah.




Serai Platter
 En. Daddy order 'Serai Platter' pun sedap. 
Hamboii semuanye sedap kat tekak aku ni. Hehehe

Kalau nak tengok menu, boleh tengok kat sini

Lepas dah kenyang perut. Bawak  kidz dekat Kidzoona

Harga masuk : 
RM10 (weekdays) | RM15 (weeken) per day hokey.
itu yang bestnye. Kalau kang tetiba pulak korang nak bawak anak gi merayap kat belah2 bawah tu, pastu nak masuk balik pun boleh. Best kan?. Pada aku harga dia memang reasonable.
Parents masuk Free










Budak kecik ni bukan reti takut. Kemain seronok lagi dia. Sampai kitaorang yang penat mengejar dia. Takut dia out of balance. Hehehe..





Baikkkan dak kecik ni.?? Memang badan dah kebal. 
Dah biasa melasak ngan Abang Adam & Kakak Qaseh. Tak menangis langsung.




Ok, kalau korang berhajat nak buat beday party kat sini pun boleh. Ada pelbagai package2 yang disediakan di Kidzoona ni. So, bole tengok kat SINI . Confirm happening! 

So, kepada parents yang sedang membaca belog aku ni, yg kenkadang tu takde idea nak bawak anak kemana, aku suggestkan korang trylah pegi sini. Sambil2 anak tu main, sambil tu jugak mak-mak boleh gi cuci2 mata kat kedai-kedai yang ada. Kaum bapak-bapak, silalah jaga anak-anak yer, sebab mak-mak nak gi cuci mata.. ekekekekek 


Ok, bai!

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...