Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Saturday, August 9, 2014

Raya Pertama

Inilah lokasi tiap-tiap tahun kalau hari raya pertama aku. 
Subang Bestari - Paya Jaras - Cheras - Subang Bestari.
Indahnya duniaaaaAAA...

*_________________*


Ibsa Family
 Lokasi pertama pagi raya adalah rumah mak ayah kat Paya Jaras, Sg. Buloh. Pagi raya memang kami adik beradik berkumpul kat sini.
 
Kaklong & her gegurls
Kaklong & Family
 Hambooii kemain, tema taknak kalah. Emerald Green katenye. 
Jenuh mak aku mencarik kain kaler ni kat vietnam. eheeee. Nasib baik jumpe.
Sekali pandang, dah macam persatuan nasyid Malaysia dah aku tengok. hehehee

Erra's Family
Ko nengok dah kecik tu kemain lagi dia. Dia pun sebuk nak berselfie ngan monopod. heheee.. Dalam phone en. daddy penuh gambar dia berselfie.
Rayyan Rizqin
ehem..ehem... :)

Tak paham aku, kenapa si Qaseh masa bersalam ngan mak aku dia punye tetiba meraung tu macam ada buat sesuatu jer. Hehheee.. Sesuatu sangat budak ni. Hahahaa
Biasalah qaseh, jiwa dia halusss mcm aku.. eekekee

Yang kakngah aku (baju purple) lagi kesian, pegi balik pegi balik hospital, kene drip air. Doc cakap macam simptom denggi. Tapi tak sure lagi. Dia tak sihat dari sebelum raya lagi. Badan dia naik merah2, muke dia pun bengkak. Sian kat dia. 

Petangnye pulak ke Cheras, beraya umah PIL pulak. Macam biasa rumah PIL aku memang meriah bila kami dah start berkumpul. Dia punye meriah tu, sampai orang bawah boleh dengarlah riuh rendah kitaorang kat atas ni. 

Abah & Mak


Sesi bersalam2an & sesi collect duit raya..!! yeaaay!


 Ko tengok, anak2 aku relek jer dengan baju tido collect duit raya. Hahaha Dah tak larat nak tahan badan dgn baju melayu, badan masing2 dah melekit sangat tu yang terpaksa tukar tu.

Site En. Daddy


Fish Eyes
 Nilah keluarga belah mertua aku. Korang nampak sikit kan..?? kan..?? tapi bile kitaorang bersatuu..meletoopp.. kebaboomm.. Hahahhaaa
Sampai jiran2 kiri kanan dah taulah dari mana dtg riuh rendah suara tu..
Hahahahahahaha.. tak caye, try ar ajak kitaorang dtg beraya umah korang... ekekekee

Me with berasss birass : Kak Gebu (Kak Juana) & Qila

Alaaahaaaiii, gambar makanan satu pun aku tak ambik. *kobajetkotakmakan. Ya Allah, aku rasa 1st day raya aku makan tak berenti2. dari pagi sampai ke malam. Dari umah mak aku, aku pulun ketupat palas mak aku buat, dah berapa biji, belum masuk nasi impit, lemang bagai + kuih raya lagi. Pastu pegi umah mak mertua aku pulak, makk aaiii.. mak mertua aku kalau masak, macam boleh panggil satu kampung makan. ayam masak merah peberet, rendang bagai & macam2 lagi sampa aku daha tak ingat aku makan aper, sebab banyak sangat melantaknye... macam2lah. Balik umah terus tido. Achner ko tak demoks kekton oooiii... *crying

1 comment: