Tuesday, August 5, 2014

Yeaaayyy Hari Raya!!

Salam.

Aku suke bab2 tepek gambar ni. Hahhaaa.. Senang keje aku. Takyah nak karangan  ayat panjang berjelar sampai korang ngantuk nak baca yer tak?? *hahaha






Alahaii si Adam ni.. 
Macam manelah aku baru boleh terperasan kronologi sebelum dak kecik chenonet tu mengamuk..
Patutlah.. tukang menyakat dia ada..
Bukan kata dak kecik tu jer rimasss, aku pun kengkadang rimasss lemaass dgn dak adam ni.
Suka sangat menyakat. Lagi budak tu tak suka, lagi tulah dia suke mengusik.

Korang nengoklah. Takda satu pun gambar di atas boleh diframekan..
:(


Terus moody. Taknak bergambar. Puas pujuk pun tak mahu.


 Bila panggil kakak qaseh. Terus dia okey sikit.
Laju2 aku ambik gambar dia. Sementara dia tengah okey.


Bila budak tu menangis jauh ko duduk yer dam. Dah senyap, baru ko datang dekat.

Haiisshh. Sabar jerlah aku.
Anak ramai lah katekan. Baru tiga je kot.. belom 14 lagi kot... 
*eh..eh terikut2 pulak style en. daddy cakap blakang ada kottt..koot..
#iismenyampass


 Hambooii kemain suke lagi ko yer Indah bila mommy cakap 14 yer.. 

 Macam2 ragam kene hadap. Merengek, menangis, menggelenjat, memanjat, memusing, mengada, mengacau.. semua mengggg.. adalah.. cukup complete. Aku selalu pesan ngan anak2 aku, perangai tu kene elok2, kene behave sikit sebab nanti orang tak suka kalau tak behave.
Kene sabauuuu jer mak apak banyak2.

Tapikan..tapikan.. ada orang tu nangesss bila bersalam raya dengan aku..
hehehe..

Masa salam en. daddydia okey jer aku nengok. Bila turn dia nak salam aku jer, dia diam..
Air mata dah bergenang.. Aku bukan boleh.. #kuisairmata
Aku tanya dia, okey skunk abang nak cakap aper ngan mommy, keluarkan jer aper yang ada dalam hati tu. Jangan simpan.
Terus dia peluk aku kuat2. Addooiiyaaii budak ni.. #touchingakuwey
Sambil dia peluk aku, sambil tu dia cakap... Mommy, abang mintak maaf, abang nakal, abang tak dengar cakap mommy.. aku sambil kuis airmata.. tau kan?? mommy marah, sebab mommy sayang abang. Mommy maafkan abang dunia & akhirat, sebab abang anak mommy.

(Hooiii touching siot aku time ni...)

Dah2 kesat air mata.. tulah yang malas aku nak citer tu... 
#addoiiyaaii #tisuplease 

oklah, kesempatan ini  aku nak mohon ampun & maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sekiranya selama aku di sini, ada mengguris #aaaauuuww #sakitnye perasaan korang, terkasar dalam bahasa aku dalam sedar mahupun tidak sedar. Aku mohon maaf.


Maaf yer korang... 

0 - 0 = 0 


p/s: 
pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas.

pen merah pen biru 
you marah i love you

No comments:

Post a Comment

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...