Saturday, August 23, 2014

Relaxing with Kayu Manis Spa @ Subang Bestari

Salam.

Lama betul aku berehat. Rindu pulak nak membebel ngan korang. hiks. Aku tak berapa sihat last week. Doc bagi aku cuti seminggu untuk rehat kat umah. *keras aku kat umah. Badan aku sakit2, pastu macam naik macam campak pulak 1 badan. *haish dah tua2 kene campak pulak. Memang mengeruk2 lah aku.. uuhhuuu.

Seingat aku first time aku rasa cmtu, sakit kepala macam nak pecah. Selalunya makan ubat kasi tido sejam dua pastu baik. Ni tak, langsung tak baik. 3 kali aku pegi jumpe doc, sebab kepala aku berat, badan aku naik ruam & tonsil aku kene infections dah putih okey dua2 belah. Kalau nak menguap Ya Allah, azabnye belum lagi masa bersin. Macam nak terkocak rasanya tekak aku.

Di sebabkan aku tak sihat, sakit seluruh badan, aku request ngan en. daddy nak pegi berurut. After risikan dari kengkawan dorang rekemen aku kat Kayu Manis Spa.

Kayu Manis Spa @ Subang Bestari


Masuk-masuk je tempat tu aku dah jatuh cinta dah. Aku suka sangat ngan bau2an spa. Ngan muzik ala2 kat bali. Memang hanyuttt.. Masa sampai tu aku di hidangkan ngan air minuman. Lupe nak tanya air aper. Tapi sedap. Macam nak mintak tambah je. Hehheee

Rate

Aku tunjuk kat en. daddy pamplet ni. Bukan aper nak suh dia sponsor. Hehehe. Lepas nengok pamplet ni, aku tak sure aku nak ambik yang mane satu. Urut traditional ke urut aromateraphy. tetiba jadi compius. Nasib baik staff KMS ada, tolong explain kat aku. Last skali aku decide ambik urut traditional. Sedap sikit kot. (matilah dia henyak2 badan aku) En. Daddy tak tunggu, sebab spa ni khusus untuk kaum hawa jer, so orang lelaki.. please.. beredar & tinggalkan duit sahaja.. ekekekee.. Sebelum en. daddy gerak, dia suh add lagi satu selain massage, buat manicure & pedicure. Gileerrr.. aku tak nak??! hahaha. Thanks en. daddy. I lebiu.

Mani & pedi session
Terasa macam puteri pulak. Ada orang belai2 tangan & kaki kite. Rendam ngan air sum, dibersihkan, pastu sental ngan limau nipis, rendam ngan munge2.. haaiilaahaii... macam.. macaaamm rasa..

Mani & pedi session


Manicure

Pedicure
Akak ni yang intertaine aku. Best. Borak-borak bagai. Macam dah lama kenal pulak.



Best sangat, rasa macam nak tido pulak. Aku suka lampu cmgini, malap2 gitue. Muaaah!



Lepas buat manicure & pedicure sesi mengurut pulak. Sorry takda gambar yer uolzz. I is malu hokey.
Best giler dia urut. Tangan dia kuat. Aku suka kalau orang yang mengurut aku tu tangan dia kuat sikit. Sebab badan aku kan banyak lelemak. Kalau urut lemah gemalai, aku tak rasa sangat. Yang ni memang best. sakit sakit manja je.


Lepas abis mengurut aku, dia bawak aku jalan satu spa tu. Dia tunjuk aku bilik kalau nak buat mandi susu ker, mandi herba nak buat sauna ke. Inilah biliknya. Memang ohsem beb. Kebetulan masa aku dtg tu, ada orang ambik pakej perkahwinan, so orang tu nak buat mandi bunga. Nampak tak besen merah tu, dalam tu semua bunga. Bessttnyaa weyy, berendam ngan bunga2 tu. Akk tu nasihat aku, kalau badan tengah sakit2 ni jangan buat mandi2 ni, sebab nak kene berendam lama


Memang cantik Kayu Manis Spa ni. Lepas ni kalau aku ada kelapangan & ada duit lebih boleh manjakan diri kat sini lagi. Memang best.. bestt.. bessssstttt.

No comments:

Post a Comment

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...