Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Friday, August 29, 2014

Seram Pulak Aku..

Alhamdulillah. Malam tadi Indah tido lena. Malam kemarin, tak tahu mane silapnya, Indah tak nak tido. Tak nak tido takpe lagi, dia pakej dengan melalak nak dekat 1 jam tak berenti. Jam dah nak dekat pukul 12 malam dah. Haaisshh.. aku bukan boleh mulalah nak meremang. Puas aku pujuk. Bagi susu dia campak, bagi toys dia campak. Aku bawak dia naik atas katil, dia turun balik tuju kat pintu sambil menangis. First time aku tengok dia cmgitu. Dari kecik sampailah malam td aku tgk dia menangis beria2. Sampai teresak2. Biasanya kalau dia jatuh or org kacau dia, sakit ke, dia nagis jugak tapi sekajap je. Malam tu memang lain macam tangisan dia. Panjang & lama . Puas aku carik ada luka ke kat mana2 bahagian badan dia, tak jumpalah pulak. Aku ngan En. Daddy bersilih ganti dokong dia bacakan ayat kursi.  Sampai bengkak2lah mata dia aku tengok, menangis punye pasal.

 =(

Aku try carikan alternative lain nak kasi dia berenti nangis, pasangkan citer barney. Dia senyap kejap je. Pastu dia campaknye phone aku ke bawah. Dia turun katil, tuju gak kat pintu. Nak aku bukak pintu tu. Haaaiishh.. Lagilah aku seram. Aku tengok je dia, dia nak buat aper. Dia tengok aku tak layan dia, dia datang balik kat aku. Mulut aku tak berenti2 baca ayat kursi & ayat2 yang aku tau. Aku tiup kat ubun2 dia. Aku hembus kat satu badan dia. Lama-lama dia berenti menangis. Sian kat dia.

Esok paginya aku tanya kat maid aku, ada bawak Indah keluar ker. Dia cakap ada, tapi sebelum maghrib dia dah bawak masuk dah. Bukan aper aku takut gak kene 'ketegur' kan. Bila aku ingat2 balik, maybe dari kitaorang gak kot, sebab malam tu aku ngan en. daddy balik lewat sikit. Masuk2 rumah terus terpa kat dia. Mungkinn lah kot.. mungkinnn ada 'sesuatu' yang follow kitaorang... sebab memang aku rasa lain sikit masa dia tengah nangis beria2 tu.aaisshhh.. tetiba seram pulak aku bila teringat kisah malam tu.

2 comments:

  1. bebudak kecik mmg macam tu.. so kita sebelum masuk rumah digalakkan baca 3 kul dan ludah ke belah kanan dan masuk beri salam.. insyallah yg bukan2 tinggal di luar.

    ReplyDelete