Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Monday, January 20, 2014

Today Is Monday..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Bangun!! Bangunnn!! Bangunn!! dah senin dah.. 

chak!

Last week, settle semua urusan pertukaran sekolah anak teruna, intan payung, 
gunung meletup aku ni siapa ker lagi kalau tak Adam. 
Dia tak tau mak dia dh nak meletup menahan sabar ngan kerenah dia nie..  
Sabaaarrrr jer aku banyak2..

Siapa sangka budak ni menangis bila nak pegi sekolah. siapa sangka?
kalau tak dia lah hero, dialah ben10, dialah ultraman.. dialah spiderman
Hahhaaaa..
Bila tang pegi sekolah, menangis bagai nak rak... aiishhhh!

Minggu pertama sekolah Isnin - Rabu, dia okey. 
Masuk Khamis - Jumaat dia dh start buat hal.
Melalak2 tak nak pegi sekolah.
hanginnn aku 1 badan dgn dia ni!

Aku buat soal siasat nape dia tetiba tak nak pegi sekolah.
Jawapan dia mudah "BEG BERAT"
cukup2 mudah yer alasan ko yer nak..

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...
ekkkeeeee...
itu bukan dia yang cakap... ahhhaaaa...

Aku tak puas hati, try suh En. Daddy talk man to man dgn adam without aku.
but jawapan dia still sama "BEG BERAT, TAK LARAT NAK CARRY"
dalam hati aku MEMANG BERAT PUN BEG DIA.
BOLEH REBEH BAHU KALAU CAMNI..

hehheeee..

Ahhhhh!!!! alasan jer semua ni. Bak kate aceh, 
Dia ni berlakon jer mommy..!! Pandai dia berlakon... berlakon jer tu tak nak pegi sekolah..!

Kang ada pulak orang lain yang kene sepuk ngan aku ni kang, 
jadi fire stone cukup terror budak aceh ni..

bingit telinga aku..!

2, 3 hari gaklah aku bincang ngan en. daddy tentang permasalahan yang melanda..
& weolzz pun menyenaraikan beberapa soklan untuk diajukan pada pihak berkenaan (ADAM)
 
Contoh Soalan:-

1. Ada orang buli/ kacau/ paw Adam ker masa kat sekolah?
Jawapan dia : tak de
 2. Cikgu garang sangat ker? ada cikgu marah adam ker?
Jawapan dia: takde
 
Aku rase ni jer soklan yang biasa parents akn tye bile anak tak pegi sekolah, kan?
tapi jawapan nye tetap sama, beg berat, tak larat nak jalan...
 
ok! then aku tye dia IF aku belikan dia beg baru, yang ada roda, dia nak pegi sekolah ker tak
Jawapan dia : Errrrmmmmm.... tengoklah nanti..
 
Ishhhkkk.. budak ni, CONFIRMlah bukan pasal beg ni!! Mesti pasal lain.
 
Then aku pun bincang ngan en. daddy & dibuat tilikan, yang weolzz nampak sebenarnye...
SEKOLAH SESI PETANG ~ Itu sebenarnye masalah utama yang aku nampak.
Dia jd stress bila dia bangun pagi2, dia tgk aku & aceh, dok bersiap nak kuar (antar aceh school). 
So, kat umah tinggal dia & Indah.Takde kawan nak gaduh or main.

Tengah hari, dah penat, baru nak pegi sekolah, so mood dah lain, jadi malas...


Jadi aku & En. daddy decide buat pertukaran sekolah yang ada sesi pagi.
Sekolah Kebangsaaan  Subang Bestari (2)
 

Nasib baik urusan pertukaran sekolah, tak susah. :)
Myb sebab still dalam Selangor kot. So, dia guna sistem yang sama.
Buku teks pun pakai jer yang mana dh dapat kat sekolah lama.

Isi form yang disediakan oleh pihak sekolah.
Mintak guru besar cop & sign tanda di sokong.
Kemudian, submit kat PPD Selangor.
PPD beri cop & sign tanda pengesahan terima borang.
& terus boleh masuk kelas..

Done.


Sekolah Baru Adam!

Masa aku nak register dia kat sini 2 tahun lepas, sekolah ni pun dalam proses pembinaan.
Tu yang tak dapat register dia kat sini.



Aku tgk dia dh happy sekolah kat sini.
Mase mula2 antar dia kat sini, dia siap cakap ngan aku.

Macam nilah baru betul2 sekolah. 
Kan bagus kalau hari2 pegi sekolah.

abis, selama ni tak macam betul2 ker..?
aiiishhh sabar jerlah aku...

 
Hari ni, pukul 5.30am dh kejut aku, tak sabar katenye nak pegi sekolah. 
Fuuuhhh! lega rasenye hopefully mood dia berkekalan sampai tamat darjah 6..
ekkkeeee... #jauhpikir

Alhamdulillah.
 >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

No comments:

Post a Comment