Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Monday, December 29, 2014

Nak nages ker nak tergelak..

Nak cakap good morning, dah masuk petang dah. Tapi cuaca still macam morning jer. Adoiyaii kalau dapat tarik bantal ngan selimutkan best.. hehee..

Sajelah aku nak bercerita ngan korang citer semalam. Sebenarnya, aku tak sure nak gelak ke, nak nanges. Payah jugak sebenarnya jadi orang yang berbadan limited edition ni. Uuhuu.. 

Situasi 1:
Semalam, aku gi wedding kat area Cheras. Sekali tu terjumpa ar jiran lama aku makcik A & makcik B ni.  So, aku kan lemah lembut, sopan santun orangnye #ehceh, salam-salam makcik tu, tanya kabar sebab dah lama tak jumpe kannnn. Sambil2 tanya2 kabar tu, sempat lagi makcik A tu usap perut aku wey.. dgn soklan "ada lagi ke ni..?" adoiii lah makcik ku sayang, nape lah soklan itu yg tetiba muncul di bibir mu itu??.. uuuhuuuu kalau korang jadi aku korang nak jawab aper kat makcik tu? uuhuuu...  Yang aku, eh takdalah cik, entahlah taktau nape dia besar cmgini... baju kot... eh! tetiba ko salahkan baju pulakkkk dah.. hahaha.. yang makcik B pulak, sardin jer jawab, mungkin tebal kot kulit perut dia.. HahHHahahah.. WaaaaaWwawaaaaaaa... ko ghase aku nak nanges ke gelak?? Terus aku mintak diri nak balik..#sambillapairmata

Situasi 2:
Aku ngan en daddy teringatkan anak teruna intan payung aku tu nak makan popcorn. Dah teringin bebenor katanye. Gagahlah mak bapaknya pegi mencari kat Jusco Maluri, nak tunggu pasar malam bukan pulak harinya. Then mencarilah aku kat bahagian supermarket Jusco tu. En. daddy suh aku tanya kat ada sorang ahkak yg jaga bahagian tu. So, dia pun tolong jugaklah aku mencari popcorn tu. Sebab katanya masa krismas tu hari, dia ada nampak orang letak dalam bekas, melambak lambak. So, aku ngan kakak tu pun  berpecahlah nak mencari popcorn tu.. tapi still tak jumpe jugak. Pastu aku datang cari balik kakak tadi, dia cakap memang dah takda. Then dia suh aku pegi cari kat pasar malam area Taman Maluri. Aku berbesar hati sangat ngan kakak tu, sebab sudi beria2 tolong aku. Kakak tu siap guide aku macam mana nak pegi ke pasar malam kat area situ. Korang tau, dalam pada dia guide aku tu, dia boleh cakap camni.. "tulah aritu ada dik time krismas, memang akak tengok banyak sangat dorang letak dalam bekas. Dah habis kot.. Sian adik.. teringin sangatlah tu.. sian... pegilah cari kat pasar malam yer, malam kang ada.." aku yang dari berbesar hati dengan kakak tadi terus sentap hati mak nak.. #sobsob memanglah pikir positif sebb akak tu memang sian kat aku nak kan popcorn tu sesangat.... tappiiii disebabkan aku dah terkena sebelum tu dgn makcik A, terus pale otak aku ttoooiiiinngggg.. eh, besar sangat ke perut aku ni??! #sambiltepuk2lemakkatperut Aku terus pandang en. daddy. Sakit jer hati aku bile tengok dia.. Pandai sangatkan nak kaber2 nak senyum.. nak senyum, senyum jerlah, takyah nak pandang tempat lain.. macam aku tak nampak pulak.. hhhhaaaiishh.. Sakit hati kitew wak..

UUhuuuu...



 Bila kenang2 balik, sampai sekarang pun aku masih tak tau lagi.. Nak nagess ke nak terrrgelak.

Tuesday, December 23, 2014

ROA by Jovian Mandagie

Salam. Good afternoon chuollz <3
Saje nak share ngan chuollz post yang tertunggak last week.
Last week try makan kan ROA by Jovian Mandagie
area  Seksyen 7, Shah Alam

Sebenarnye, takda plan pun nak makan kat sini. Kebetulan ada hal pulak kat area Shah Alam.
So, menyambillah aper lagi. ehehehe.. Anak-anak takde.
 Bagi chances ar mak apak nak dating pulak..

Nampak2 je kedai ni terus dah jatuh cinta dengan deco dia.
memang curlast ko Ian (nama manja Jovian)
#ewah ko ingat sedara ko nak panggil ian..ian
ngehh..ngehhh


ROA by Jovian Mandagie ini mengetengahkan makanan masyarakat Manado
Okey, meh kita nengok deco kedai ni.  :)
Mesti korang teruja nak datang sini.






Teruja giler aku nengok kedai ni, cantik sangat. Sampai hilang rasa lapar..
hahaha.. boleh caye yer, lapar ilang? ekekeee

Moh nengok pulak aper yang aku order.

Es Kacang Susu  : RM9.50
Simple jer es kacang susu dia, tapi sedap


Bebulu jer en daddy nengok pe'el aku. Ekekeke.. 
Kejap2 kang bangun ambik gambar.. kejap2 kang bangun ambik gambar..
#meluat hahaha
Nak wat camner, bini mu kan blogger terhebakk di abad ini. 
Banyak benda yang nak kene share ngan pemfinat..#ahaks
#nakmuntah 

Nasi Kuning Khas Manado ~ RM10.00
Nasi Goreng Roa ~ RM12.50
Boleh tahan gak sedap dia.  Tapi pada aku sambal kat nasi goreng Roa  pedas giler. 
Esok terus sakit perut. Perut aku tak tahan kot. uuhuu


ROA Nutella Sensation ~ RM15.00
Yang ni highly recommended. SEYES..!!
Hambik ko huruf beso semuanya. hahaha..
Kenapalah ko sedap sangat wahai cheese cake..



Antara bahasa Manado yang sempat aku salin aritu. Meh kita belajar sesama yer..

Poco-poco - Sexy
Polo - Hug
Kacili - Small
Fol - Full
Capat - Fast
Bae - Good
Suntung - Squid
Ikang - Fish
Makang - Eat
Ndo - No
Forok - Fork
Pidis - Spicy




So far review untuk ROA by Jovian Mandagie 1 - 5

Food : 3.5 / 5
Dessert : 4/5
Deco : 5/5


 Selamat mencuba!

Address:
Roa by Jovian Mandagie
1A, Jalan Kristal K/7K, Section 7, Shah Alam

Monday, December 15, 2014

District 21 Theme Park @ IOI City Mall

Salam.


Penah dengar tak pasal District 21 kat IOI City Mall? Maybe ada yang penah dengar & ada jugak yang belom penah dengar lagi. District 21 ni merupakan taman tema yang pertama seumpanya di Malaysia yang bertemakan taman pengembaraan. Mempunyai keluasan 70,000 kaki persegi & terletak di atrium berhawa dingin 55ft dalam IOI City Mall. Terdapat 11 attractions yang di sediakan disini.


 Sebelum masuk ke dalam, kene register nama dulu kat sini. Safety first katanya.

Check point
Lepas dah register nama2 semua tu, ambik tiket kat Check point area.
Entrance to District 21

Ok, meh sini aku citer pulak aper yang bestnye kat dalam District 21 ni.

1. Power Station



video
 

Pada yang sukakan cabaran & tak gayat macam aku ehwahh.. bolehlah cuba area sini. hahaha..
Seriau pulak aku nengok laki aku memanjat..


2. Roller Glider.


Masa kitaorang pegi sini Roller Glider tu belum bukak lagi. Laki aku ada hati nak try benda ni. Aku nengok rail dia pun aku dah start cuak, ni kan nak naik.. Memang takklah..

3. Go Pedal.



Aper barang aku nak main menan budak kecik ni kannnn. Tak mencabar langsung.. #eksenkoyer Hahahaha.. Budak berdua ni brape kali dia dok mengulang main benda ni. 

4. Pump Track

Pump track ni, kalau orang yang minat main beskal & nak cuba aksi beskal terbang2, bolehlah try kat sini. Memang cukup sesuai. Track dia, memang mencabar sungguh.

5. Low Ropes



video


Low Ropes ni memang direka khas untuk pengunjung kanak-kanak.Aspek keselamat memang ditekankan disini. Jangan risau yer mak apak... :)

6.  Trampoline/ Launch Pad





7. The Maze








Yang ni memang bestt giler game dia. Aku pun tak tau macam mane aku boleh terrberani nak masuk dalam ni. Nampak dari luar macam senang. Sekali tu masuk, hambek ko.. Lorong2 yang ada dalam ni semua muat2 badan aku je.. Nak berdiri tak boleh.. Nak patah balik lagilah tak boleh, sebb dah ada orang kat belakang.. Sepanjang laluan dalam ni, kita kene merangkak je. Then agak payah jugaklah sebab dalam pada kita merangkak, kita kene pikir laluan mane yang boleh kita lalu. Sebabnya, kalau salah, masuk jalan mati. Nak pusing tu satu hallllah kan. Badan tu cute sangat.. Hhahahaaa.. Paling aku menyampah, dak adam. Memang sepanjang2 main benda ni, memekak jer mulut dia.. Mommy, boleh ke main ni.. mommy boleh ke masuk dalam ni, muat ke..? mommmy tak payah mainlah kang tersangkut macam mane...? bila aku stuck, kejap je pun.. pun kecoh.. kan abg dah cakap mommy tak muat... Ya Allah streeesssnye aku ngan budak ni. Bukan dengan menan ni.. Adooiiii! menci aku.

Yang en. daddy bila aku dah boleh lepas semua halangan, siap bagi aku tepukan gemuruh sebab aku berjaya melepasi semua laluan.. Ingat aku gemooo??! *gemar*

Bila nak sampai ke penghujung korang ada 2 options nak kuar dari tempat tu. 1. Lalu slide yang tinggi 2nd lalu kat laluan sarang labah2. Tinggi wooii.. Memang taklah aku nak turun kat situ. Aku rela guna slide untuk turun. Hehehee.. Tinggi rupanya slide tu... memang kecut gile perut aku time tu weyyy.. Budak yang jaga kat bawah tu, siap gelak2 aku lagi... dia ingat klakooo sgt ker?? Sampai sejuk2 tangan aku bila dah sampai kat bawah.. cuaaakk giler! Tapi memang best!

8. Free Fall


video


Yang ni, En daddy try. Berani jugaklah dia. hehehe.. Aku?? bukan takkan try, tempat tu je yang tak cukup tinggi.. #libastudung 

9. Sky Trail


10. Tubby Ride




video


video


Besttt giler weyy!!! budak Adam & Qaseh berulang-ulang main benda ni.. Sanggup hokey, dorang beratur nak main benda ni berkali2..

11. Carousel


Game ni paling extreme yang penah aku naik... Hahahahah
acah jer.. #bluuekk  tak mencabar langsung kan?? Indah boleh lah ni.. 
Hehehe..


Ok. Pada aku, konsep tempat ni memang lain dari yang lain. 
Memang sesuai untuk orang yang sukakan aktiviti extreme.
Aku kategori mild extreme je.. Hahhaaa..

Lepas dah seharian aku duduk kat dalam District 21, aku dah nampak dah tahap kecuakkan aku kat mana. Hahaha

 1. Gayat pada ketinggian
2.  Cuak pada kelajuan yang buat aku rasa jantung aku gugur.. tak suka!

Tapi, aku suka juga aktiviti yang boleh buat kita berfikir. Contoh The Maze.
 Itu memang best. Korang kene try hokey!


Kalau korang berminat nak try District 21 ni, boleh tengok package ni


Harga dia dah turun. Masa mula2 buka dulu RM75/person tak silap aku.

Kalau nak tau lebih lanjut pasal District 21 boleh tengok kat sini





Ok, bai!

Friday, December 12, 2014

First time bericeskating di Icescape @ IOI City Mall

Hai kengkawan!

Jumaat lepas, bawak anak2 pegi jalan2 kat IOI City Mall Putrajaya. Mall ni baru jer bukak, tak sampai sebulan lagi kot. Tapi hari-hari ramai orang. Uuuhuu... Aku tau pun en. daddy yang bagitau, kalau tak, tak tau jugak.. ekekekek...

  Nah, aku tepek, plan nak ke sana. 

 Lokasi:
IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 
62502, Putrajaya, Sepang, Selangor, Malaysia. 

En. Daddy dapat invitation dari client untuk try District 21 tu (tu nanti aku citer yer.. besttt giler tempat tu.. hehehe), tapi startnye pukul 12pm. Sementara nak menunggu tu, anak2 nak try main ice skating. Layankan jerlah..


Adam
Susah betul nak ambik gambar dia sekarang ni.. Eksen!

Ticketing Counter
Sampai-sampai je nak beratur beli tiket dah ramai dah orang. Baru pukul 10 kot time tu.

copy from FB : Admission Fee

Kalau korang dah memang plan nak datang sini nak main ice skating, better bawak  sendiri gloves & sock. Save sikit. Hehehe. Penguin kalau korang nak sewa RM30/hour itu untuk budak2 yer, yang baru nak belajar main, mak bapak budak pepandai koranglah, macam mana nak imbangkan badan nanti. Hehehe. Jatuh tu biasa.. tapi nak bangun tu.. agak payah jugaklah kalau badan macam aku ni.. Uuhuu.. #sobsob

copy from FB : Ice Skating Academy
Skate Rental
Lepas dah settle buat pembayaran, korang kene pegi dekat bahagian Skate Rental untuk ambik kasut. Size kasut akan diberikan selepas membuat ukuran pada kaki. So ngam!

 Senyum sampai ke telinga...


Happynya budak berdua ni dapat pegi sini. First time dapat main ice skating. Indah? hehehe.. Indah aku terpaksa tinggalkan dia kat rumah buat seketika. Kalau bawak, memang tak merasalah aku & en. daddy nak main. hahahah.. Kijamkan? sikit2 jer...


Budak ni hampir giveup, sebab asyik jatuh jer. Aku cakap dengan dia, jatuh tu biasa. Bila jatuh, bangun balik, try lagi.. lagi.. & lagi.. Aku tengok mata dia, muka dia.. memang nampak frust kat situ. Yang Qaseh pulak, dia akan cuba sampai dia boleh buat. Bila jatuh, dia bangun, bila jatuh dia bangun.. sampai boleh buat sendiri tanpa bantua. :)


 Bila dia nengok Qaseh dah boleh sikit, baru dia bersemangat nak cuba & cuba lagi sampai boleh..


Dan akhirnya dia berjaya juga buat walaupun banyak jatuh dari tak jatuh. Hehehehe. Janji daddy tak pegang dia. Mane boleh Qaseh boleh, dia tak boleh kan...? Aku paham sangat dak Adam ni punye perangai..


Adam dah start kesejukkan. En. daddy pulak kepanasan sebab menjaga sekali tiga orang. Termasuk akulahh.. ngehh..ngehhh


Masa ni anak2 nak stop kejap, sebab penat & kesejukkan. Time nilah en. daddy tunjuk skill terpendam kat aku. Eeehhwahh.. Dia ingat aku heran..??


Hammmboii kemain eksen lagi dia ni..
Tunjuk skill konon, dengan harapan aku berdiri kat tepi pintu tu, nak tepuk2 tangan untuk dia.. hahaha..Renghtikan jerlah.. aku buat cam tak heran jer.  hahaha. Nasiblah.
Padahal dalam hati aku, makkaii laju giler dia ni...siap pusing 2, 3 kali round..
Sakit hati kita wak, sebab masa dia tengah laju tu, xnak pulak dia offer kite, pegang pinggang dia ke, kita follow belakang dia.. langsungggg....tak wak..
dia biar jer kita kat tepi tu.. #sobsob taulah kita ni kenderaan berat ikut kiri. 
#kesatairmatadgnbucutudung


Sebelum balik.. kemain lagi laki aku ni, suruh kitaorang susun2 tangan bertingkat-tingkat camgini.. 
Layann kan jelah. Kang kecik hati..

hahahaha...


Ok, kalau korang nak jengah-jengah aper yang ada kat sini boleh masuk website 
  

ICESCAPE ni memang bestt giler!