Wednesday, May 14, 2014

Misi Mencari Ikan @ Bagan Pasir, Tanjung Karang


Misi mencari ikan fresh untuk buat stock selama seminggu di rumah bermula.
Ngehh..ngehh..ngehh :)
Lokasinya terletak di Bagan Pasir, Tanjung Karang

 Macam mana nak sampai ke Bagan Pasir ni?
Kalau korang dari KL ikut highway Latar (bersedia jerlah duit tol)
Pastu korang terus set kat GPS or WAZE area Tanjung Karang. 

Macam mana nak tahu landmark market tu?
Kalau korang dh jumpa sign ke tanjung karang, korang tak yah risau, korang akan jumpa sign Bagan Pasir Pulak. Then korang akan nampak Bank Rakyat sebelah kiri korang & opposite dia ialah stesyen minyak BHP. Then ada simpang depan sikit Bank Rakyat tu korang masuk kiri. Lepas masuk kiri tu, korang terus jer, sampai nampak perkampungan nelayan atas air.
(memang tak lalulah kalau korang tengok lama2 sebab kotor, banyak sampah sarap terapung)
hahahaa.. tapi kene tetapkan niat nak beli ikan fresh so, kene mengadap.. Hehehee..



bila dah lepas perkampungan nelayan tu korang akan jumpe signboad 
'RESTORAN SEAFOOD TANJUNG KARANG'
Pastu masuk jer simpang kat signboard tu. Dah sampai. Park jer kat tepi2 jalan tu.
Hati2! banyak anjing berkeliaran tau.

Rombongan Kak Heton misi mencari ikan.

Ikan masin
Kat sini ada 3 kedai. So pandai2 korang lah nak compare harga. Harga tiga2 kedai tu lebih kurang jer, beza RM1.. RM2 jer.


Aku mulakan dengan misi mencarik sutun. Kebetulan masa aku sampai, aku sempat interbiu sorang akak ni, dia biasa pegi sini beli ikan. So, dia rekemen aku kalau nak beli sotong or udang, pegi kedai paling ujung, sebab lagi murah compare yg dua lagi.

Oklah, sotong yg size sedang2 aku dpt dlm RM10-RM12 sekilo & sotong yang besar2 panjang dalm RM15 sekilo. Memang geram aku tengok sotong2 ni. Fresh2. Ni baru tengok sotong belom yang lain2 lagi. Udang pun aku beli sekilo dpt dalam RM18.



Pastu singgah pulak kedai kedua. Misi mencari ikan. Memang geram aku wey, fresh2 ikan dia. Kalau ikut kan aku semua ikan aku nak beli. Hahahaha.. #saborkakhetonsabor

Tenggiri : RM23 sekilo

Ikan Ayam
Aper ke pelik nama ko ni ikan. Asal nama ko ikan ayam..? boleh berkokok ker engko ikan?? 
ker ko makan dedak jugak?

Hahahaah

Ikan Jaws aka Ika Yu : RM12/ sekilo


Ikan Sebelah : RM18
Aku tak pernah beli ikan sebelah ni. Ikan ni kot yang dorang cakap ikan sisa nabi. Wa Allahhualam. aku tak sure. Tapi member aku cakap sedap isi dia. 

Ikan Merah : RM20 sekilo




Aiisshkk, budak ni pantang dapat peluang. 
Seronok sakan dia kat sini dapat main hanyir ikan.


 
Macam2 ikan ada..

View, Fresh Market

 Sempat posing. ahaks #tutupmulut

Sape nak borong ikan masin kat sini, sila lah.

Sempat burung ni rembat sekor ikan masin. hhiiihiii.. 
Memang rezeki ko lah burung.

 Kalau ke sini, benda2 nilah korang kene ngadap.
Sila kuatkan niat yer. Hahaha

Cendol Bakar vs Lempeng Pisang Bakar

Sebelum pulang, singgah dulu kat kedai Cendol Bakar. 
Kalau dari Bagan Pasir, Kedai ni belah kiri korang. 

 Masa aku sampai, memang penuh giler orang. Nak makan cendol kene que yer.
Yang specialnye tempat ni siap ada drive thru. So, kalau korang tak nak makan sini, boleh tapau.

tuan tanah luvelymummy.blogspot.com
nampak tak? wajah tu ada nurr.. 
Hahahahaa.. 


Aku order cendol durian & cendol pulut. Harga pun tak mahal. 
Tak silap aku cendol durian dalam RM3.50 cmgitu. Aku order tak banyak, takut tak sedap.
Adam, sorang jer makan cendol durian tu. uuhuu.
En. Daddy & mak  makan cendol pulut. Aku? air suam jer. Hahahaha
boleh caye??

Kopok lekor dia memang sedap. Keropok crispy.
1 pinggan RM3 bersamaan 5 batang. Ko ingat cukup 1 pinggan, aku up lagi 1 pinggan kopok..
hahahaha..

Lempeng Pisang
Yang ni tak menahan. Aku dok tengok orang dok kulu kilir bawak piring ada daun pisang.
Aku pegi rikilah aper ke bendanya tu. Rupanya lempeng pisang. hik..hikk..
 Sedaaaappp okey lempeng pisang dia. Ada rasa manis, masam sikit, masin sikit, lemak sikit..
Mak aku cakap: "kalau mak, mak gaul sekali ngan kelapa, barulah rasa lagi sedap.."
Yang lempeng pisang ni, aku tengok dia tabaur jer kelapa atas pisang tu, kemudian baru dia bakar.
kalaulah dia tau mak aku ni pakar buat lempeng, kompem dia ambik mak aku bekerja.
hahahaha..
 

Mentang2 handphone aku kat dia ni, penuh album aku dengan gambar dia jer.
Tang gambar aku candid katenye, semuanya tak semenggah. 
Ok, fine! ada unsur sabaotaj disitu.

ok, bai!

4 comments:

  1. hai
    seronoknya baca beli ikan segar
    dalam pukul brpa ye ikan ada dijual disana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Nadhirah <3
      Tq sudi singgah kat blog kite.
      tak surelah pulak. Aritu masa tanye apek jual ikan tu dia cakap tak tentu.. Uuhuu.. nak cakap pun tak berani.. sori yer.

      Delete
  2. Terima kasih kongsi info ni. Rasanya inilah info yang saya sedang cari. Mungkin apek tu tak pasti sebab bergantung pada bila nelayan pulang bawa ikan dan mungkin juga ada kaitan dengan pasang-surut air laut

    ReplyDelete
    Replies
    1. sharing is caring <3 ahak! harap2 info dalam blog ni dpt membantu readers semua.. :)

      Delete

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...