Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Thursday, January 8, 2015

Swiss Garden Hotel & Residences Melacca - Part 3



video


Esok paginya, lompat dari katil, jengah kat balcony. Makk aiii. Angin dia.. Seram pulak aku. Uuuhuu. Anak-anak dah tak sabar nak mandi kolam. Tapi aku, perut dah berbunyi. Tak tahan lapar. Nak makan maggie macam tak boleh nak masuk. Tapi kalau nasi lemak, laju jer aku.. Hehehehehe


Tak sabar punya pasal, sanggup gi breakfast pakai baju swimming. ekekekeee...


Ni lah rupa dari luar hotel yang kami stay. Baru lagi hotel ni tak sampai sebulan.

video

Settle makan, terus balik hotel, terjun tiruklah aper lagi. Tapi tak sampai 1/2 jam, ajak naik. Tak tahan sejukkkk.. Korang tengoklah angin dia. Mana tak sejuk bebudak. Yang si tecik aku tu dah biru-biru bibir dia. Bila tanya, nak swim lagi tak, dia geleng. Hehehee first time tu dia tak nak. Hahahaa.. Kalau tak tu, pantang nampak air jer terus nak mandi selebihnya main..


Biasalah bila lepas mandi kolam, memasing perut dah kruikk..kruikk.. lapar. Nak makan, tak tahu kat mana, last-last, makan nasi lemak kat Coconut Shake, Pantai Klebang. Dua hari berturut-turut makan kat situ. Sekali tu masa sampai Melaka. Ramai betul orang kat situ. Sampai nak cari tempat duduk pun payah. Terpaksa mengendeng kat orang yang agak-agak dah nak abis makan. Sorry yer. hehehe.. Lepas settle makan, tak tahu nak ke mana, jalan kat Jonker Street pulak. Hari Jumaat, pukul 5 dah buka. Sebenarnya takda benda pun nak di cari kat situ. Sajalah cuci mata. 

video


Sekali tu terpandang pulak aku ngan mamat kopek kelapa ni. Bukan pasal dia enchem ke haper yer, terrjakun kejap dengan skill yang dia ada.. Lama jugaklah kitaorang dok melangut nengok mamat ni. 
Cayaaalah!!




Lepas puas melangut kat Jonker Street, bergerak pulak ker Melaka River Cruise. Seingat akulah inilah first time aku naik cruise kat Melaka. Sebelum-sebelum ni tak berkesempatan nak naik. Kebanyakkan yang aku dengar kalau nak naik cruise ni better naik waktu malam. Cantik sikit pemandangan dia, dengan lampu-lampu berwarna-warni.

Harga Tiket - 
RM10 (Adult) | RM5 (Children)

More info boleh jengah SINI

 Serius, memang puas hati, kalau naik waktu malam. Cantik!

Selepas puas menikmati suasana malam sepanjang Sungai Melaka, sebelum balik bilik pekena dulu Burger Bakar Abang Burn. Sorry to say.. Maybe nasib kitaorang tak luck kot malam tu, tunggu burger dekat 1 jam tak sampai-sampai. Staff kat situ langsung tak say sorry kat kitaorang. Lagi menyakitkan hati, bila orang yang baru sampai dah dapat dulu. Bukan tak tanya kat staff situ, bila kita tanya, mane burger dik, tak sampai-sampai lagi ni.. sambil-sambil adik tu jalan.. Ni bukan akak punye, orang lain punye.. Hambooii...cakap langsung tak pandang muka kita.. Memang TAKKLAH kan aku nak repeat lagi tempat tu. Services hampeehh dot com.






... to be continue


No comments:

Post a Comment