Monday, January 19, 2015

Jemputan Ke Grand Opening IKC

Yuuuhuuuu... anibadi homeee..??

Macam mane nak mula yer.  miihh..mihh..mihhh #tekupmulut
 Firstly kekton nak jerit dulu boleh?? heheh...... tak kire nak jerit jugak..

YYYEEEAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHH!!

Alhamdulillah, akhirnya Toodoong By Luvelymummy dah boleh di dapati di salah satu Butik Vendor Iszna Kejora Collections di Paroi, Negeri Sembilan.

Address: 
Butik Iszna Kejora Collections
1st Floor, Off 391, Persiaran Rajawali, Taman Paroi Jaya 

Landmark: Nasi Arab Damsyik & berdekatan Stadium Paroi


Kekton nak jemput, kengkorang-kengkorang kewsayangan kekton shemua datang memeriahkan  Grand Opening untuk Butik Iszna Kejora Collections. Meh ler, datang chuollz. Teringin sangat nak jumpe kengkorang shemua. Boleh ler kita sembang2, cuci-cuci mata, cuci-cuci poket..kan #ehceh. Macam-macam adoooo. Antaranya....













Besttkan? kan? Ada tudung, ada baju, ada kasut, ada baju budak, ada aksesori, ada casing handphone, ada handbag, ada baranag makeup, ada product kesihatan ada macam-macam lagilah, tak larat nak citer. Datang nengok baru tau rambang mata ke idak.. #muahahahaaaa...


Ni lot tomey kekton. Kekton jual pelbagai jenis tudung. Antaranya, syiffon halfmoon, bawal satin, bawal saree, satin shawl, shemmer shawl, wide shawl plain, wide shawal corak, h&m inspired shawl & macam-macam lagi. Kebanyakkannya kekton custom made sendiri. :) itu yang best. Kekton juga menerima tempahan untuk kengkorang nak pakai sedondon dalam majlis2 tertentu contohnya majlis kawin ker, bertunang ker, untuk dulang girls ker.. boleh jer rojer-rojer kekton yer.




 Untuk sebarang promosi boleh jengah kat fb IKC
Fb kekton pun boleh : Aida Ibrahim

Datang yer chuollzz.! Tak datang, taknak tawan... 

#muahciked

Saturday, January 10, 2015

Upside Down House, Melaka

Aku baru jer tahu wujudnya satu lagi tempat yang menarik dekat Melaka ni iaitu Upside Down House. Upside Down House ni terletak betul-betul belakang Seri Costa Hotel. Berdekatan dengan Mahkota Parade. Tersorok sikitlah tempat ni. Aku pun kebetulan singgah makan sebelum balik KL, kalau tak, tak tahu jugak. Ramai jugak orang time aku pegi tu, almaklumlah cuti sekolah kan..

Alamat : 
G12 & G14, Jalan PM 7, Plaza Mahkota, Bandar Hilir, Melaka.

Harga Tiket
Dewasa : RM15 | Kanak-Kanak : RM10 | Warga Emas : RM10 | OKU : 50% off

Masa Operasi:
Isnin - Khamis : 10.00 pagi - 6.00 petang | Jumaat - Ahad (Cuti Umum) : 10.00 pagi - 9.00 Malam

Sebenarnya tempat ni taklah besar sangat. Cuma dia dorang dividekan ke beberapa bahagian iaitu Living Room, Dining Room, Children Bedroom, Bedroom & Bathroom. Menarik jugaklah.

Meh layan gambar-gambar yang ada.













Best kan?! :) Macam-macam style korang boleh buat, untuk nampakkan gambar tu real. Yang paling penting korang kene pandai angle. Kalau salah-salah angle pun tak menjadi gak. hehehee.. Tapi korang jangan risau, ada staff Upside Down House yang akan membantu korang ambik gambar. 


Pada aku tempat ni tidaklah mengecewakan. Aper-aperpun aku enjoy, en. daddy enjoy & yang paling penting anak-anak pun enjoyyyyyyyy.

Thursday, January 8, 2015

Swiss Garden Hotel & Residences Melacca - Part 3





Esok paginya, lompat dari katil, jengah kat balcony. Makk aiii. Angin dia.. Seram pulak aku. Uuuhuu. Anak-anak dah tak sabar nak mandi kolam. Tapi aku, perut dah berbunyi. Tak tahan lapar. Nak makan maggie macam tak boleh nak masuk. Tapi kalau nasi lemak, laju jer aku.. Hehehehehe


Tak sabar punya pasal, sanggup gi breakfast pakai baju swimming. ekekekeee...


Ni lah rupa dari luar hotel yang kami stay. Baru lagi hotel ni tak sampai sebulan.


Settle makan, terus balik hotel, terjun tiruklah aper lagi. Tapi tak sampai 1/2 jam, ajak naik. Tak tahan sejukkkk.. Korang tengoklah angin dia. Mana tak sejuk bebudak. Yang si tecik aku tu dah biru-biru bibir dia. Bila tanya, nak swim lagi tak, dia geleng. Hehehee first time tu dia tak nak. Hahahaa.. Kalau tak tu, pantang nampak air jer terus nak mandi selebihnya main..


Biasalah bila lepas mandi kolam, memasing perut dah kruikk..kruikk.. lapar. Nak makan, tak tahu kat mana, last-last, makan nasi lemak kat Coconut Shake, Pantai Klebang. Dua hari berturut-turut makan kat situ. Sekali tu masa sampai Melaka. Ramai betul orang kat situ. Sampai nak cari tempat duduk pun payah. Terpaksa mengendeng kat orang yang agak-agak dah nak abis makan. Sorry yer. hehehe.. Lepas settle makan, tak tahu nak ke mana, jalan kat Jonker Street pulak. Hari Jumaat, pukul 5 dah buka. Sebenarnya takda benda pun nak di cari kat situ. Sajalah cuci mata. 



Sekali tu terpandang pulak aku ngan mamat kopek kelapa ni. Bukan pasal dia enchem ke haper yer, terrjakun kejap dengan skill yang dia ada.. Lama jugaklah kitaorang dok melangut nengok mamat ni. 
Cayaaalah!!




Lepas puas melangut kat Jonker Street, bergerak pulak ker Melaka River Cruise. Seingat akulah inilah first time aku naik cruise kat Melaka. Sebelum-sebelum ni tak berkesempatan nak naik. Kebanyakkan yang aku dengar kalau nak naik cruise ni better naik waktu malam. Cantik sikit pemandangan dia, dengan lampu-lampu berwarna-warni.

Harga Tiket - 
RM10 (Adult) | RM5 (Children)

More info boleh jengah SINI

 Serius, memang puas hati, kalau naik waktu malam. Cantik!

Selepas puas menikmati suasana malam sepanjang Sungai Melaka, sebelum balik bilik pekena dulu Burger Bakar Abang Burn. Sorry to say.. Maybe nasib kitaorang tak luck kot malam tu, tunggu burger dekat 1 jam tak sampai-sampai. Staff kat situ langsung tak say sorry kat kitaorang. Lagi menyakitkan hati, bila orang yang baru sampai dah dapat dulu. Bukan tak tanya kat staff situ, bila kita tanya, mane burger dik, tak sampai-sampai lagi ni.. sambil-sambil adik tu jalan.. Ni bukan akak punye, orang lain punye.. Hambooii...cakap langsung tak pandang muka kita.. Memang TAKKLAH kan aku nak repeat lagi tempat tu. Services hampeehh dot com.






... to be continue


Wednesday, January 7, 2015

Swiss Garden Hotel & Residences Melacca - Part 2

... sambungan

View malam dari bilik kami

Masa ni dia betul-betul terkejut.  Mana tak terkejut, dia buka-buka pintu bilik, dah ada orang nyanyikan lagu birthday untuk dia siap bawa cake. Hehheee.. Siap tepuk-tepuk muka macam tak percaya.. Hehehee.. Sukalah tu! Happy Birthday Abang yang ke 8 tahun!


Mommy love 3 of you + daddy = 4


Sesi bagi hadiah. Hadiah ni, dia dah request lama. Asal masuk Toys'rus je tunjuk kat aku & en. daddy mainan ni. Siap paksa en. daddy ambik gambar, takut kitaorang lupa. So, masa yang paling sesuai membeli adalah time nak dekat-dekat birthday. Toys'urs akan bagi voucher. Giler, mak ko tak suka?? hehehe.. Jimat sikit duit mak apak ko nak.


Yang takda kene mengena ngan birthday pun dapat present. Kalau tak bagi kang, ada yang terpeleutt muka. Adoiii. Nasib baiklah, anak ada 3 jer setakat ni, kalau 10 mau botak daddy. Uuhuu..



Bila anak-anak happy, aku ngan en. daddy double happy. 
Rasa penat semua hilang bila tengok dorang happy..



Dinner malam tu, kitaorang try makan dekat Leque Restaurant.

No. 21, Jalan Tun Tan Cheng Lock
Jalan Tun Tan Cheng Lock, Melaka

Tak silap aku, satu-satunya restaurant melayu kat area Jonker Street. Sebenarnya susah okey, nak cari restaurant halal kat area situ. Nasib baik ada. Sempat jugak berborak ngan owner restaurant tu. Tak ingat nama dia. Anak muda. Dari KL berhijrah ke Melaka, setup kedai ni dengan kawan dia. Very friendly orangnya. Eh, silap terreview pasal orangnya pulak. ahaks.. Ok, review pasal food dia. Aku order set asam pedas & en. daddy order gulai kawah. Leque jugak ada menyediakan makanan western. So korang ada pilihan lain selain nasi.  Pada tekak aku, food dia sedap. Tempat dia cozy jer. Aku suka. Aku bagi 8/10 stars.

Lepas settle makan malam. Memasing dah kecapekkan so marilah kita balik hotel tidur..




....................... to be continue

Tuesday, January 6, 2015

Pembukaan Tahun 2015 - Swiss Garden Hotel & Residences Melacca


Salam.

Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2015 kat korang semua. Alhamdulillah, hingga ke saat ini, aku masih diberi kesempatan untuk berada di sisi orang-orang yang aku sayang.  Alhamdulillah. 
Janji aku pada diri (InsyaAllah) Jangan toleh ke belakang lagi, pandang terus ke depan dan cuba perbaiki setiap kelemahan yang ada pada diri. Anda mampu mengubahnya. hehehee.. macam iklankan? Ok 2015 please be nice to me yer! Tenkiu <3

Ok, kita tinggalkan cerita pasal azam aku okey. Kalau diceritakan nanti, tak habis satu episode. Heheee. Ok, kali ni aku nak share ngan kengkorang pasal percutian aku & family kat Swiss Garden Hotel & Residences, Melacca. Just nak bagitau, aku prefer booking under booking.com. Nak tahu kenapa? hehehe.. sebabnya, Kalau booked under booking.com tak payah bayar apa-apa pun. Once kita sampai hotel, baru bayar #sukaaku dan harga yang Booking.com tawarkan memang kategori reasonaable Bestkan? :)

Address :  
T2-4, The Shore @ Melaka River, Jalan Persisiran Bunga Raya, 
75300 Melaka Tengah, Melaka, Malaysia 

Meh layan gambar dulu, baru boleh story morry.  Tapi tempat ni memang super cantik wey. Serius. Tempat barulah katakan. Atas hotel bawah mall. Syiok ke idak? miihh..miiihh..miihhh...

View from our bilik



 Bilik dia quite besar jugaklah. Sesuai untuk kami lima beranak. Owh yer, Indah aku ambilkan dia babycoat. Free je, takda charge dikenakan. hehehee. Bilik air dia pun besar & bersih. Paling aku suka konsep bilik air dia, transparent *wink*wnk* Bukan aper, senang aku nak nengok en. daddy anak-anak mandi. Tapi kalau time korang nak berry silalah tutup cermin itu dengan blind yer, tak sanggup mak ko nak nengok.

Aku sampai dah petang. Mommy Anak-anak dah menggelenjat nak mandi kolam. Layankan jerlah.





Super cantik pool dia. Besar pulak tu.




Siap ada tempat anak-anak nak main lagi. Macam playground. Happy sangat diaorang. Tapikan.. tapikan.. yang tak bestnya, tak sampai 20 minit diaorang mandi, dah ajak naik. Air kolam dia sejuk sesangat. Macam mandi kolam lepas hujan. Dia punya sejuk. Aku pun setakat cecah-cecah kaki jer, tak sanggup nak rendam badan wey.. Uuuuhhuu. Mulut memasing dah bertukar color, aper lagi jomlah naik.

Malam tu, aku & en. daddy ada plan nak buat suprise untuk birthday boy. Alhamdulillah suprised tu menjadi. Hehehee.. Terkejut dia. Macam tak percaya.. Tenkiu kat staff hotel, sebab sudi melayan permintaan aku & en. daddy.






....................to be continue



Monday, December 29, 2014

Nak nages ker nak tergelak..

Nak cakap good morning, dah masuk petang dah. Tapi cuaca still macam morning jer. Adoiyaii kalau dapat tarik bantal ngan selimutkan best.. hehee..

Sajelah aku nak bercerita ngan korang citer semalam. Sebenarnya, aku tak sure nak gelak ke, nak nanges. Payah jugak sebenarnya jadi orang yang berbadan limited edition ni. Uuhuu.. 

Situasi 1:
Semalam, aku gi wedding kat area Cheras. Sekali tu terjumpa ar jiran lama aku makcik A & makcik B ni.  So, aku kan lemah lembut, sopan santun orangnye #ehceh, salam-salam makcik tu, tanya kabar sebab dah lama tak jumpe kannnn. Sambil2 tanya2 kabar tu, sempat lagi makcik A tu usap perut aku wey.. dgn soklan "ada lagi ke ni..?" adoiii lah makcik ku sayang, nape lah soklan itu yg tetiba muncul di bibir mu itu??.. uuuhuuuu kalau korang jadi aku korang nak jawab aper kat makcik tu? uuhuuu...  Yang aku, eh takdalah cik, entahlah taktau nape dia besar cmgini... baju kot... eh! tetiba ko salahkan baju pulakkkk dah.. hahaha.. yang makcik B pulak, sardin jer jawab, mungkin tebal kot kulit perut dia.. HahHHahahah.. WaaaaaWwawaaaaaaa... ko ghase aku nak nanges ke gelak?? Terus aku mintak diri nak balik..#sambillapairmata

Situasi 2:
Aku ngan en daddy teringatkan anak teruna intan payung aku tu nak makan popcorn. Dah teringin bebenor katanye. Gagahlah mak bapaknya pegi mencari kat Jusco Maluri, nak tunggu pasar malam bukan pulak harinya. Then mencarilah aku kat bahagian supermarket Jusco tu. En. daddy suh aku tanya kat ada sorang ahkak yg jaga bahagian tu. So, dia pun tolong jugaklah aku mencari popcorn tu. Sebab katanya masa krismas tu hari, dia ada nampak orang letak dalam bekas, melambak lambak. So, aku ngan kakak tu pun  berpecahlah nak mencari popcorn tu.. tapi still tak jumpe jugak. Pastu aku datang cari balik kakak tadi, dia cakap memang dah takda. Then dia suh aku pegi cari kat pasar malam area Taman Maluri. Aku berbesar hati sangat ngan kakak tu, sebab sudi beria2 tolong aku. Kakak tu siap guide aku macam mana nak pegi ke pasar malam kat area situ. Korang tau, dalam pada dia guide aku tu, dia boleh cakap camni.. "tulah aritu ada dik time krismas, memang akak tengok banyak sangat dorang letak dalam bekas. Dah habis kot.. Sian adik.. teringin sangatlah tu.. sian... pegilah cari kat pasar malam yer, malam kang ada.." aku yang dari berbesar hati dengan kakak tadi terus sentap hati mak nak.. #sobsob memanglah pikir positif sebb akak tu memang sian kat aku nak kan popcorn tu sesangat.... tappiiii disebabkan aku dah terkena sebelum tu dgn makcik A, terus pale otak aku ttoooiiiinngggg.. eh, besar sangat ke perut aku ni??! #sambiltepuk2lemakkatperut Aku terus pandang en. daddy. Sakit jer hati aku bile tengok dia.. Pandai sangatkan nak kaber2 nak senyum.. nak senyum, senyum jerlah, takyah nak pandang tempat lain.. macam aku tak nampak pulak.. hhhhaaaiishh.. Sakit hati kitew wak..

UUhuuuu...



 Bila kenang2 balik, sampai sekarang pun aku masih tak tau lagi.. Nak nagess ke nak terrrgelak.

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...