Salam..
Tazkirah : Air Yang Dicincang Tidak Akan Putus
Artikel ni aku ambik dekat www.iluvislam.com
Sekadar renungan & peringatan untuk kita bersama. Insyallah
Sekadar renungan & peringatan untuk kita bersama. Insyallah
Adik-beradik kita sebenarnya merupakan satu anugerah yang tidak
terhingga. Bukan semua orang di atas dunia ini dapat memiliki
adik-beradik. Namun, saban hari kita terdengar dan terlihat di dada
akhbar kes-kes pergaduhan antara ahli keluarga, malahan ada yang sampai
ke tahap memutuskan hubungan silaturrahim antara adik-beradik.
Jelas, semakin hari tindakan manusia bukan lagi didorong oleh syariat
dan kasih sayang. Ada kala tindakan kita bertentangan dengan hukum
Allah seperti dalam firmanNya yang bermaksud:
"Maka apakah
ada kemungkinan jika kamu berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di bumi
dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang yang
dilaknati Allah dan ditulikan mereka dan dibutakan penglihatan mereka."
(Surah Muhammad, ayat 22-23)
(Surah Muhammad, ayat 22-23)
Usah kita lupa bahawa nikmat memiliki adik-beradik ini tidak lain
hanyalah pinjaman sementara daripada Allah SWT untuk seseorang
hambanya.
"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah..."
(Surah al-Baqarah, ayat 284)
(Surah al-Baqarah, ayat 284)
Adik-beradik juga menjadi tempat bergantung antara satu sama lain
setelah ketiadaan orang tua. Selalunya abang-abang dan kakak-kakak atau
yang lebih tua akan mengambil alih tugas menjaga adik-adiknya setelah
ketiadaan orang tua. Apabila matinya seorang ayah bagi seorang anak
perempuan, maka adik-beradik lelakinya akan menggalas tugas sebagai
wali.
Perlu dititikberatkan dalam menjaga hubungan antara adik-beradik ini
ialah sifat kasih sayang dan rasa hormat antara satu sama lain. Sebagai
contoh, adik-adik perlu menghormati kedudukan abang dan kakaknya selagi
tindak tanduk mereka tidak bertentangan dengan syariat Allah. Bahkan,
wajib bagi seorang anak itu menjaga hati abang dan kakaknya dengan tutur
kata yang baik dan juga dari segi perbuatannya. Setiap perbuatan yang
mungkin menguris hati saudara kita akan menjadi titik permulaan sesuatu
perbalahan justeru membawa kepada pepecahan.
Dan antara perkara penting dalam menghargai kurniaan Allah ini kepada
kita ialah menjaga adab sesama adik-beradik. Andai kata ada perkara
salah dan silap dilakukan oleh adik-beradik kita, maka tegurlah dengan
cara yang berhikmah kerana dengan itu pihak yang ditegur akan merasa
lebih selesa untuk menerima teguran, bahkan marasakan diri mereka lebih
dihargai.
Sentiasalah kita memohon perlindungan daripada Allah daripada ancaman
dan rancangan jahat syaitan yang seringkali cuba memecahbelahkan
hubungan kekeluargaan yang sukar dibina oleh ibubapa kita. Wujudnya
adik-beradik ini bukan sekadar menunjukkan kekuasaan Allah yang
memberikan rahmat kepada kita, tetapi ia adalah tanda hasil usaha penat
lelah kedua ibu bapa kita yang melahirkan serta bekerja keras untuk
membesarkan kita semua. Percayalah, keberkatan yang dikurniakan Allah
memalui hubungan silaturrahim akan membawa kepada terbukannya
pintu-pintu rezeki.
''Barangsiapa yang ingin dimudahkan rezeki dan
dipanjangkan usianya, hendaklah ia sentiasa menjaga silaturahim.''
(Hadis Riwayat Muslim)
Memang sukar bagi mereka yang hidup dalam keluarga yang ramai
adik-beradik untuk menjaga keharmonian dalam keluarga, namun peranan
menjaga hubungan antara adik-beradik ini adalah perlu untuk memastikan
hubungan silaturrahim sentiasa berada dalam keadaan kukuh.
Walau apapun yang berlaku, jangan dilupa pepatah yang mengatakan
hubungan adik-beradik ini umpama "air yang dicincang, tidak akan putus".
Hargailah mereka kerana mereka juga darah daging kita sendiri.
Wallahu'alam.
sumber: www.iluvislam.com
Dan aku tertarik ngan N3 satu belog nie bertajuk "TANGGUNGJAWAB ADIK BERADIK"
Tanyalah Ustaz 20/6/2012
Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
S: Apakah ganjaran kepada adik-beradik
yang saling menyayangi?
J: Selain daripada mendapat keredhaan
ibu bapa, mereka juga akan mendapat keredhaan Allah SWT. Ini
dilakarkan dalam satu hadis Nabi SAW yang bermaksud, “Pada hari
kiamat kelak, arasy Allah dikelilingi kerusi-kerusi yang sangat
mulia.” Sahabat bertanya siapa yang akan dapat duduk di kerusi
tersebut. Lalu jawab Nabi SAW, “Mereka adalah adik-beradik yang
saling sayang-menyayangi antara mereka.” Begitu mulianya tempat
yang Allah akan beri kepada adik-beradik yang saling berkasih-sayang.
S: Mohon kongsi tip untuk diamalkan
agar dalam dapat berbaik dengan adik-beradik.
J: Antara yang boleh dijadikan rujukan ialah: Imam Al-Ghazali ada
berkongsi dalam Kitab Ihya' Ulumiddin dan Sheikh Jamaludin Al-Qasimi
dalam kitab-kitab lain juga ada diberikan tip untuk merapatkan
hubungan dalam adik-beradik. Allah mengarahkan agar kita bersatu-padu
pada tali Allah. Jika dengan adik-beradik sudah berpecah, bagaimana
pula hubungan dengan jiran dan masyarakat seterusnya. Jadi amatlah
penting untuk menjaga kesatuan daripada dalam rumah lagi. Antara tip
yang diberi oleh Sheikh Jamaludin Al-Qasimi ialah:
- Ibu bapa perlu mendidik anak-anak tentang Al-Quran – usahakan agar semua anak boleh membaca Al-Quran. Dengan membaca, pasti akan datang langkah seterusnya untuk memahami Al-Quran dan dengan kefahaman tentang Al-Quran akan mendekatkan manusia dengan Allah dan menjauhi gangguan syaitan.
- Ibu bapa perlu mendidik anak-anak dengan akhlak yang mulia – Beri contoh yang baik kepada anak. Jangan guna perkataan kesat dalam komunikasi bersama mereka. Ajar anak menjaga lidah kerana lidah boleh menjadi punca pergaduhan.
- Ajar anak-anak bersyukur kerana diberi adik-beradik. Ajar mereka mensyukuri apa yang ada dan bandingkan dengan mereka yang tidak mempunyai adik-beradik. Orang yang besyukur tidak akan pernah rugi.
S: Apakah ciri-ciri adik-beradik yang
baik?
J: Imam Ali menyebut, “Hisab diri
kamu sebelum kamu dihisab oleh Allah SWT”. Oleh itu mari kita
perhatikan diri kita. Sheikh Saad Yusuf menulis dalam kitabnya,
ciri-ciri adik-beradik yang baik ialah:
- menggunakan akal fikiran untuk membentuk generasi adik-beradik yang baik, atau dengan kata lain mereka berilmu dan tidak berhenti mencari ilmu.
- mesti ada perasaan baik sangka sesama adik-beradik.
- tidak suka buat maksiat. Maksiat punca hilang keberkatan dalam kehidupan dan akan menyebarkan maksiat dalam keluarga.
^______________________^
saya mohon post ye awak punya status nie. ambil no saya 0177698526. mungkin saya dah post ayat2 awak kerana sangat bermanfaat
ReplyDelete:)
DeleteAssalamualaikum, maaf saya ingin bertanya. Ni hadis sanad drpd?? "Pada hari kiamat kelak, arasy Allah dikelilingi kerusi-kerusi yang sangat mulia.” Sahabat bertanya siapa yang akan dapat duduk di kerusi tersebut. Lalu jawab Nabi SAW, “Mereka adalah adik-beradik yang saling sayang-menyayangi antara mereka.” Begitu mulianya tempat yang Allah akan beri kepada adik-beradik yang saling berkasih-sayang.
ReplyDeletewalaikum salam. Artikel ni saya di ambil di dalam Tanyalah Ustaz 20/6/2012 Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim & sumber lain sumber: http://keranakasihnabi.blogspot.com.
Delete:)
Mohon share
ReplyDelete