Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Friday, February 28, 2014

Serunding Pucuk Ubi

Biasa kita dengar serunding daging & serunding ayam kan..? 
Tapi korang penah dengar tak serunding pucuk ubi..?? 
Ok, aku tau ada yang pernah dengar & ada gak yang tak pernah dengar serunding pucuk ubi.

Meh sini aku nak eksen sikit.. 
Hahhaa
Baru2 ni aku ada buat serunding pucuk ubi. Resepi turun temurun mak mertua aku.
Serunding pucuk ubi ni memang ambik masa yang lama nak masak.
sampai #peluhcikketi.. hahaha. Memang bercinta lah kalau nak masak saje2 kan.

Last week mak & ayah aku berangkat ke Mekah untuk mengerjakan Umrah. 
#missumakayah :(
Aku terpikir, apeeeer aku nak bekalkan mak & ayah kat sane utk makan.
Then tetiba teringat buat serunding pucuk ubilah.
Memang cukup sesuai kalau nak buat travel sbb serunding ni tahan lama.

Cerita pasal serunding pucuk ubi ni sebenar aku dah upload dalam FB last week. 
Ada yg PM aku mintak resepi, ada yang minta nak rase, ada yg mintak se tapperware & ada gak mintak aku pos kan serunding ni sbb dorang tak pernah rasa..

heheheheee..

Aku memang nak mintak maaf bebanyak tak dapat nak tunaikan beberapa permintaan.
Bukan aper, takut tak sedap.. 
tapi time tunjuk tu, mesti kene poyo sikit..
hehheeee.. In Syaa Allah next time kalau aku kelapangan aku buat lain & pos kat korang yer..

Resepi Serunding Pucuk Ubi



Syarat WAJIB SAH mestilah Pucuk Ubi. 
Tapi jgn ambik pucuk dia jer.. Kalau pucuk jer, 1 lori pun tak cukup.. 
Hahhaaa..
Pilih daun yang lembut2.
Kemudian celur sekejap. Mak mertua aku ckp, supaya nak buang angin kat daun tu. 
Pucuk ubi ni kalau salah2 org yang makan, mesti berangin 1 badan..
Masa aku buat ni dalam 9 ikat pucuk ubi. Jenuhh hokey nak pilih..


Bahan2 untuk di blender
Bawang besar lebih takpe utk jadi seredak dia - Aku buat dalam 6 biji
Serai - aku buat dalam 4 ~ 5 ikat
Ikan bilis letak banyak sikit
Halia  ~ besar 2 ibu jari
Cili Api ~ ikut korang nak pedas mana
Asam keping
Bawang putih




Kemudian korang lebur jer bahan2 yg dah di blender tu ngan pucuk ubi tu.
Alaaaarr macam korang buat rendanglah...
Bila dah lebur skali, masukkan santan.
Aku pakai 3 kg santan. Itu pun mak mertua aku ckp kurang santan :(
Means kene letak lebih santan lepas ni kalau nak buat.

Ok. Bila dah lebur bahan2 tadi, korang biarkan dia kecut kat situ. 
Kacau2lah, bagi rata.
Letak garam sikit, gula sikit.

Mula2 pasang api tu biar kuat sikit. 
Bila korang tgk dia dh nak mengering sikit korang bagi api tu kecik.

Then aper lagi, tunggu lah korang kat dapur tu sampai berjanggut. Hahhahahaaa..
Tunggu dia masak sampai kering..
Lamaaaa tuuu OOoooii!

Aku masak dari tengah hari sampai pukul 10 malam baru kering.

#lappeluh #lapcikketi

gigih okey nak masak ni.
Orang2 yang penyabar macam aku jer yg mampu bertahan nak masak ni.

Hahahaaaa..


 Korang kene tunggu sampai pucuk ubi tu kering sampai jadi cmgini.
Hitam berdengut. Sampai dia nampak naik minyak.
Tapi menurut mak mertua aku, bila korg nampak pucuk ubi tu nampak cm kering kontang tak naik minyak, means dia tak cukup santan. Maka korang kene tambah minyak sikit dalam masakan tu.
Okey!
Tapi bukan stakat hitam, korang kene terai rase & kunyah.
Bila masuk dlm mulut, korang gigit dia rapuh, rangup maknanye dah masaklah.

Boleh tutup api..



Hasillnye..


Serunding Pucuk Ubi Buat Bonda & Ayahnda.


:)



Sanggup nak cuba?? 
silakan, tapi jgn lupa share ngan iolzz yer kalau jadi.

Hanya orang2 yang tabah macam aku jer sanggup buat..
 #tabahsangatakuni


Hahahhahahaaaa...





Selamat Mencuba uollz!!


No comments:

Post a Comment