Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Friday, April 25, 2014

Cerita Itu Ini

Hari ni masuk minggu kedua Adam & Qaseh tido bilik sendiri. Tak tau pulak macam mana mulanya, tetiba pulak dia bgtau suruh aku kemas bilik dia, dia nak tido bilik dia sendiri.  Bila tetiba dia buat request cmgitu, aku rasa macam dah bujang bebenor anak aku sorang ni...  Uuhuuu..


Belum lagi dia citer pasal mimpi. Ada satu hari tu, bangun2 tidur terus terjah bilik aku.. Pffhht! nasib baik. ekekeke.. "Mommy, malam tadi abang mimpi.." aaah.. sudah, mimpi aper pulak budak ni, seriau aku. ekeke.  "Malam tadi abg mimpi abg sunat.." Terkedu aku,  spontan aku tanya "Nak ker?? kalau nak kita buat time cuti sekolah ni" Hahahaa... Senyum jer dia. Haiisshh, bila anak dah pelan nak membujang ni, terasa pulak diriku pelan mentua tua. Sob..sob.. :( #Kesahsiabang


Ni pulak satu hal. Budak kecik chenonet ni. Ya Allah, aku tak taulah sekarang pe'el kemain lagi. Pantang ko dekatkan muka, compem2 kene gigit. Memang lasak sangat budak ni skunk. Tak padan ngan kecik chenonetnye, merayap jer aku tengok. Hahaha


Haiilahaii Indah oooii, kenapa lah kamu ni ganas sangat ni. Abis luka muka abang adam kene khokak (gigit) ngan Indah. Sian abang. :( Abang pun macam takda perasaan, biarkan jer adik tu khokak muka dia, takpe.. Uhhuu.


Luka last week, pun tak baik lagi. dah kene lagi sebelah pipi. Indah.. Indah..


Ok, semalam bertalu2 gak org tanya aku, pasal dtg lambat, dah masuk setengah hari baru nak sampai opis, blaaa..blaaa.. dh lar masuk tengah hari, sambung makan tengah hari pulak.. :) Ok, Thanks uolzz sebab ambik berat pasal aku. Macam ni citer dia (utk mereka2 yg nak tahulah..)

Semalam Adam kene demam panas, adam cakap dia susah nak bernapas. Pagi tu, terus aku shoot gi klinik & aku call en. boss bgtau aku lewat masuk sbb nak antar anak gi klinik. Then bos aku reply, OK.  Bawa pegi klinik, demam adam tinggi gak. Ada tonsil bagai. Patutlah dia takda selera nak makan. So, doktor bagi ubat demam, ubat batuk & paling penting antibiotik. Korang tahu lah seksanye kalau nak bagi anak makan ubat? memang susah giler aku nak bagi adam makan ubat, menangis nak kene pujuk bagai.. Aku tak boleh biarkan maid aku yg buat semua ni, sbb aku tau dia takkan makan ubat tu. Then lepas settle adam, baru aku masuk opis.. (ok, panjang lebar aku xplain) Hahahhaaa..

Sampai opis, bos aku aku panggil tanya, anak macam mana. Very concern bos aku, kalau bab2 anak.  Ini lah salah satu sebab kenapa aku 'sayang' bos aku & masih bertahan kat sini (walaupun kenkadang berbulu gak ngan bos aku tu). Ngehh..ngehh..ngeh..  Aku dah keje agak lama gak kat bawah dia. Kalau bab2 anak, family.. memang dia bos yag terbest so far yang aku penah kenal. Thank You En Bos sbb memahami.. :) 

Ok, lepas ni, kalau aku masuk lambat lagi opis, aku akan forward sms/ WA tu kat uolzz skali yer, supaya korang tak ternanti2 kedatangan kak heton.. Sayang korang.. Hahahaha

#matilarpujibossendiri #macamkosorangjeadabos #bosakubaik

ok, berbalik2 pada citer si Indah.. 



Hooiii.. kemain eksen yer ko indah, duduk siap bersilang kaki. Eh, awak tu baru 11 bulan. Lagak macam org dan busat.. #perutjebusatmommy. Malam tadi, dia buat hal lagi. Sampai aku ngan en. daddy tak boleh tahan.  Budak kecik chenonet ni taknak tido sampai dah pukul 1 lebih. Aku hangin jer. Dah 2, 3 kali buat susu, taknak jugak tido. Geram aku. Aku ngan en. daddy mata dah tak boleh tahan mengantuk.. Uuhuu.. Memang sabar jerlah aku. Last2, aku bentangkan toto, longgokkan mainan banyak kat atas toto tu, bagi dia main puas2. Aku? membutalah aper lagi.. ekekek.. bergilir2 aku ngan en. daddy melayan dia. Akhirnya dia tido tergoleekk kat tepi aku. Hahahaha..

Ada lagi satu kes Indah punye angkara. Hahahaha. Aku balik2 rumah, tak sempat nak letak bag, terus si adam terpekek2.. "Mommy..mommy.. Indah ni mommy.. Indah ni buat abang cmgini. Tengok ni mommy.. Siap tunjuk kat aku ada sebutir 'aperntah' color kuning2 sikit & ada tompok itam kat situ.  Aper ni?? aku tanya. Gigi abang. Indah yang buat. Dia jadi doktor gigi tadi. Indah yang tolong cabutkan gigi abang. Aku dah terkekek2 mak iloi2lah gelak. Macam mana boleh jd cmni. Yerlah, adam tgh baring pastu dia dtg dekat abang, main mulut abang, pastu dia pegang gigi abang. dia usik2 pastu tercabut.. Kahhh..kakaaahhh..kaahhh.. tergelak besar aku masa tu.. Sebenarnye gigi adam ni memang dah nak tercabut. Tapi bile aku offer diri nak cabutkan, dia tak bagi. takut. Sekali adik dia dtg, tolong cabutkan.  Selesai masalah.

Hahahaha..


















Haii.. saya dah gongak... Hensemkan saya..??
Nasib ko lah adam hoiii.. kene buli ngan Indah

No comments:

Post a Comment