Monday, April 14, 2014

Sesi Verangan di IKEA

Hollaa..holllaaaa...heeelllooo.. Meh ler, layan ahkak menyembang  kejap :)

Last Friday baby Indah tak berapa sihat :(  Khamis tu badan dah start dedar2. Myb demam nak pandai lagi kot. Bila dia demam, memang kesian sungguh tengok dia, mata tu berair jer, idung berair, makan pun tak lalu. Bawak pegi klinik, doc ckp tekak dia merah. Patutlah taknak menyusu. :(  Bila tido malam, kejap2 kang terjaga, menangis, yerlah badan tak selasa. Aku check gak tapak2 kaki dia, tapak2 tangan dia takut ada timbul merah2 nak kene campak, Alhamdulillah takda.

My baby Demam :(
Indah ni yang aku perasan dia jarangggg demam. Alhamdulillah. Tapi kalau sekali demam, aku yang teruk. Asyik nak berdukong jer, langsung taknak ngan orang lain. Patah pinggang aku. 


Bila Indah dah sihat sikit, mula lah idea nak merayap timbul. Macam tau2 jer, en daddy, bini baru nak merangka plan nak merayap, dia suruh siap, malas nak duduk rumah sebab tak da air katenye. Pucuk di cita ulam yang mendatang. Ehhcehhwaah!

Muka budak baru sihat
Macam biasa, lokasi terdekat ngan rumah iaitu area IKEA. Tujuan, ke sana? Saje nak survey meja study anak2. Dalam masa yang sama nak survey barang2 rumah. ;)

Kanak2 tadika

Indah tak padan dgn kemetotnye, kaki pun tak sampai, ada hati nak duduk kat kerusi.. hehehe.. Udah kenapa pulak kakak qaseh, lidah bergulung cmgitu. Hahahaa.. Abang Adam.. ooo abang Adam.. dah besar dah anak mommy yang sorang ni.. #sobsob

Aku kalau bercerita pasal abang adam ni, memang tak pernah habis. Baru ni pegi celebrate beday qaseh kat KFC The Curve. Skunk ni dekat ruang legar kat The curve tu ada buat promosi kesihatan & kecantikkan, so banyaklah slimming center buat offer kat situ. Kebetulan aku lalu kat booth one of slimming center, org tu kasi pamplet, tak sempat aku capai, dak adam dah capai dulu. #korangdaholehagakkan Oklah. Then sambil2 jalan dia belek2 pamplet tu ngan qaseh. Aku dgr conversation dorang "Qaseh... cuba kita tengok, perut mommy yang mana satu..? yang qaseh lurus, yang ni kot, yang abang.."taklah yang ni lagi besar... " Aku time tu.. nak ku piciiittt piccciitt jer budak berdua ni. Uuhuuhuuu.. #sobsob

Pastu dorang baru perasan aku kat blakang dorang. Aku usha jer dorang mcm nak ku telan jer budak berdua ni.. tapi pikir balik ehh..tak boleh telan nanti makin besar pulak perut aku.. ekekekeke Memang sabar jerlah aku bila anak2 bergabung meletup, memang makan dalam.. Uuhuu..

*nanti aku update citer beday Qaseh



Kita sambung citer pasal Ikea. Aku memang ada penyakit sikit kalau masuk ikea ni. Penyakit suka verangan.. Hehheee..  Nak wat umah cmginilah.. cmgitulah.. bunga pun nak sama mcm yg ikea punyelah kalau boleh berus jamban pun nak sama mcm ikea punye... Hahahahaaa.. Penyakit betul..

Faveret aku

Meh sambung angan2. Set kerusi & meja makan ni memang dalam angan2 aku kalau masuk ikea. Dalam kepala, kalau ada duit nak beli set meja ni, nak letak kat luar, senang kalau nak panggil orang dtg makan, buat bbq ker, nak makan cekodok ke sambil tengok anak2 main kat luar. Pastu tu beli buaian macam orang sebelah.. hehehe.. perrghhh memang siiookk.. duduk kat luar, ditiup angin sepoi2 bahasa kedengaran bunyi air dari kolam abg karim sebelah umah... Hahahahaa #verangan

Meja Makan
Aku macam nak tukar meja makan. Cmgini pun okey. Simple concept. Meja ni tak berat & mudah nak alih2.  Suka kerusi bench tu. Dalam angan2 tu nak letak bantal 2, 3 ketul kat atas tu. Memang cantik.. Pastu atas meja letak pasu bunga beli kat ikea. Bawah mejaa letak karpet. Pastu pakai pinggan mangkuk ikea yang cantik2 tu.  Pastu lauk ikan sardin ngan ikan masin.. Hahahahahaaa... sbb dh berabih nak cantik... ekekekeke... barulah stylo.. Hahhahaaa.. #veranganlagi



Cukup2lah tu kak hetoonn ooi.. asyikk verangan jer tak sudah2... Kiikiikii.. Ok, budak kat atas ni pun tengah verangan jugak.. ekekeke.. verangan nak pegi holidaaayy jer keje dia. Hahahaa.. tu pun angan2 jugak.. Tak salahkan kalau nak berangan2. Kata orang, kenkadang kene mulakan dgn angan2 barulah kita ada target nak dapatkan.. eh, betul ker idak?? aku rasa betul! hhahahaaa..

Nampak muka budak ni, ada jer cerita tak sudah pasal dia. Ada jer benda yang dia nak cerita. Qaseh pulak lain, dia mcm tukang backup abang dia. Aper sahaja yang abang cerita pada dia betul. Yang Indah pulak, dia memang tak banyak mulut (tak banyak cakap) tapiiii pe'el hurrmm mcm2 dia nak xplore. Skunk keje dia asyik nak mengunyah orang jer.. Siap lah sape yang suka tadah muke kat dia. Akan peroleh hasil cmgini..


Adam memang suke kalau adik dia kunyah muke dia. Kenkadang tu dia je sua2kan muka kasi Indah gigit. Pastu si Indah agknye naik menyampah diperlakukan sebegitu, aperlagi.. dia tepuk muka abang dia, pastu dia tarik rambut adam then dia gigit.. Yang si adam okey jer. Dia ckp dia suka indah buat dia cmtu. Dia mmg geram ngan Indah. Indah budak tembam katanye. hahahaaa.. aper2 jerlah adam, suka hati adam, tapi peliss lah jangan kaitkan mommy dengan semua ni.. 
Aku kenkadang tu tak boleh tahan ngan si adam ni, kalau boleh nak ku masukkan balik dia dalam perut aku. hahahaaa.. puas hati aku.

Macam mana aku tak sakit hati, semalam masa dia main ngan adik dia (Indah) dia saje2 cakap ngan adik dia.. aku pulak leka tengok dorang main.

"Sape tembam angkat tangan..??" yang si kecik tu tepuk2 tangan. suke sangat. Yang si adam terus angat tangan adik dia.. "saya..!" kononnye indah angkat tangan. Pastu tu dia tanye lagi.. "Sape tembam angkat tangan..??" adik dia tepuk2 tangan lagi.. yang si adam tak semene2 angkat tangan aku cakap... "Saya..!! eh..ehh.. kire dia nak ckp aku tembamlah kan.. kan..?? #panggg kang baru tau.. terkekek dak adam ketawakan aku..

moral of the story jangan suke verangan yer Kak Heton.. 

#dahpegikesatairmata #kehidupanperluditeruskan


Uuhuu..

No comments:

Post a Comment

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...