Friday, July 25, 2014

Persiapan Raya - Part I

Salam. 

Boleh dikatakan 75% persiapan raya dah siap. 
*hamboii eksen ko yer main percent2 pulak. tombok kang! heheee.. 
 Bermula dengan misi mencari kasut & baju melayu untuk anak-anak,  di sekitar Shah Alam.

Budak kenit yang excited dapat gi jalan-jalan
 Kebiasaannye kalau baju melayu Adam & En. Daddy aku prefer pegi kat PKNS, dekat Butik Eiman. Sebab pada aku harga dia taklah mahal sangat & kain dia sedap, tak panas. Kat Butik Eiman tu, kalau korang nak beli set family punye pun ada, dari mak, ayah, anak lelaki, anak perempuan, baby punya pun ada.  Color korang akan dapat exactly sama satu family. Settle baju raya Adam. Eh, lupe nak tanya, korang tahun ni, tema baju raya color aper?? Agak2lah kan tahun ni ramai yang pakai kaler aper nyek?? Kaler abang Aaron Aziz kah? apakah??   heheh..

Dah alang2 kat PKNS pakej sekali cari kasut Adam & Qaseh kat Bata. Skunk Bata, design dia dah meletop tak macam dolu-dolu. :) Kasut dia tak sakit kaki kalau pakai and sangat2 selesa. Aku carik kasut budak berdua tu design ala2 converse. Ada engko. Terus rembat seorang sepasang. Settle kasut raya.
 
 
Baju raya aku takda lagi, terai jugak mencarik kat PKNS. Tapi aku macam pelik pulak, asal masa aku pegi macam tak semeriah tahun2 sebelum ni. Orang macam tak berapa meriah. Selalunya kalau kat PKNS ni, kalau dulu nak lalu pun susah, berempit-impit. Ker dorang ni dah prepare baju raya dari awal tahun kot.. kotlah kan.. Aku jer suka yang last minit.. hehehee. Pastu meroyan, dah suntuk sangat baju yang pekenan melambak, size pulak takda.. *Dah engko special edition nak wat cmno #crying Design baju raya tahun nampaknye penuh dengan lace, labuci & manik. Kalah retis.. Hehee
 

Ni satu kampung makan pun belum tentu habis..  ekeke

Masuk pulak SACC. Kat sini banyak butik. Harga.. pakat telan air liurlah secara berjemaah. Tak mampu kekton nak membelinye. Setakat lalu depan kedai sambil meleleh air liur. Hanya mampu cakap kat en. daddy.. yang tu cantik kan..? yang ni cantik gak.. yang lagi satu ni pun not bad.. kalau ada duit bole gak nak merasa, tapi tu semua kalau.. blaa..blaaa..blaa.... sampailah kitaorang keluar dari situ.. Hahhaha

Kakak Qaseh & Indah

Kemain lagi si qaseh ni, berhanbag bagai. Chanel tu wey RM35 kat GM Kelang.. Hehehe Beli semata-mata nak simpan duit raya katenye. Tapi fail berselipar pulak dia.. #haaissh letih aku nak memekak suh pakai kasut. Yang si Indah pulak, dah dapat kaki. Hamboi kemain eksen lagi dia, langsung taknak berpegang. Puas aku nak kejar dia. Bila aku nak pegang tangan dia, dia tarik balik pastu jerit2.. *lempang kang Masa tengah jalan-jalan kat SACC, nampak pulak PONEY, terus terjah masuk. Sekali jumpe pulak kasut si kenit ni, terus berkenan. Lebih kurang macam kasut Qaseh jugak. Hamboii, kemain lagi.. kasut dia lagi mahal dari kasut kakak ngan abang.. *haiilah Indah ooii..

 Tekak ni teringin nak makan nasi Arab. Terus google. Dorang cakap D'Arab Cafe paling top. Then, kitaorang decide nak try walaupun dah masuk waktu berbuka. Sempat teguk air jer kat SACC tadi. Terus shoot gi Seksyen 7. Sampai kat sana. Maybe takda rezeki kitaorang, lambat sangat pun yer.. nasi kat situ semua dah licin.


Terpaksa lah kitaorang terjah masuk Restoran nasi Arab yang berdekatan. Lupe aku aper nama kedai dia. Tapi memang sedap to the max nasi dia wey. Maybe  lapar pun yer kot.. hehehe. Aku order nasi manday & en. daddy order nasi briyani. Habis licin kitaorang makan nasi tu walaupun jam kat dinding dah menunjukkan pukul 10 malam.




... bersambung

No comments:

Post a Comment

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...