Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Thursday, July 3, 2014

Mari Bersilat Di Dapur Masterchef

Bangun! bangun! Bangun
Lambat lagi  nak berbuka puasa ni. #hahaaa.. Aku nengok ada yang dah melepek depan pc.  siap kuar air liur basi lagi #hehehe. Yang aku & the geng tengah tunggu time jew nak masuk surau, nak meluruskan aper2 yang patut. Okey. Sambil-sambil aku nak menunggu tu, aku mengoogle gak resepi2 yang ada untuk dijadikan menu berbuka harini. errmmm.. So far, aku tak da idea lagi. :( Any suggestion korang? 

Semalam, aku sampai rumah dah pukul 7. Means aku ada masa 30 minit untuk masak. Hoii.. kemain rajin kan aku nak masak demi en. soami & anak anak tercinta. #Muaaahhhh Sampai2 rumah, campak beg, campak tudung, senseng lengan baju nak bersilat kat dapur. Terasa macam kat dapur masterchef pulak aku, bila terlalu suntuk sangat masa yang ada untuk masak. Di sebabkan masa itu terlalu singkat, makanya juadah untuk berbuka puasa semalam adalah

Menu: Ayam Masak Kicap..Cap..Cap..Cap Cap Kipas Udang
(hoii.. panjangnye nama menu ko..hahaa)


 Bajet macam masterchef walaupun ayam masak kicap je pun nak share resepi.
*biarlah.. (sambil libas rambut)



Resepi:
Halia - Hiris
Bawang Putih - Hiris
Bawang Besar - Potong bulat2
Cili Kering - Blend
Kicap manis - Cap kipas udang
Kicap Masin
Sos Tiram

Cara Cara:
Tumis halia & bawang putih. Dah nampak sikit kuning, masukkan cili blend. Sukatan untuk cili blend ni ikut pedas mana korang nak. aku pakai dalam1/2 senduk. Biarkan garing.
Then masukkan kicap manis & kicap masin. Biarkan seketika.
Pastu kalau nak berkuah sikit, letak air, tapi jangan banyak.
Letak sos tiram sikit, untuk kasi pekat. *tapi kalau taknak letak pun takpe.
Dah menggelegak sikit, masukkan ayam yang dah siap goreng.
Dan last sekali masukkan bawang yang di potong bulat.

Menu kedua pulak, special sikit pada aku lah. First time aku try masak & sedap.
*Sape lagi nak puji kalau tak diri sendiri    #matakelipkelip
Resepi ni aku ambik dari Kak zue dari blog http://mamatiamia.blogspot.com/
 Thanks kak zue, share resepi ni.



Menu: Sambal Belacan Goreng Oh Sedapnye.

Resepi:
Belacan
Bawang Kecil
Cili Padi 
Cili Kering
Tomato 
Asam Keping.

Cara: 
Bahan2 di goreng dengan minyak sedikit. Goreng sampai naik bau wangi belacan tu.
Kemudian, tumbuk halus. Siap!


 Nasib baik sempat settle. Disebabkan kesuntukan masa, sambal belacan aku tak cukup lumat. Tapi itu tak penting, yang penting rasa dia sedap. #yuummmyyy Makan pulak dengan ulam. perrgghhhhh!
bertambah hokey nasi aku. #sob..sob

 Rezeki bulan puasa. Jiran kesayangan busuk2 masam bagi mi hoon goreng.
Alhamdulillah. *Nurul thank you! 


Alhamdulillah, settle juadah berbuka puasa kami untuk hari ke empat berpuasa. 
So, hari ni ada sape sape nak sponsor lauk untuk aku tak??
*wink*wink*



ok, bai!


1 comment:

  1. cantik ler gambar..baru lepas makan pun rasa nk lapar balik hahah

    Jemputlah ke blog saya Blog Ibu bekerja dari rumah , semoga bersama dapat manfaat! Terima kasih..

    ReplyDelete