Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Tuesday, July 8, 2014

Berbuka Dengan KFC

Salam.

Diam tak diam dah masuk hari ke 10 kita berpuasa. Alhamdulillah. Macam kejap jer kan. Adam pun sama, still cekal & bertahan untuk menghabiskan puasanya. Alhamdulillah.
*bersiap sedia jerlah ucu & aunty leez yer, iolzz tak campur..


Yang sorang lagi.. hurrmmm.. bila di tanya qaseh, puasa tak arini? qaseh puasalah mommy, tapi tadi qaseh dah terkorek hidung, macam mana..? ceh! semua tu alasan jer. Macam aku tak tau pulak pe'el dia ni, tu semua alasan aku dah pernah guna masa aku kecik2 dulu. #ekekekee . takyah nak auta lebih. Hahahaaa..
 
Semalam berbuka di KFC. Biasanya aku akan dulukan Adam untuk pilih menu aper dia nak untuk berbuka. Then dia cakap nak makan KFC. Kebetulan pagi tu aku en. daddy dengar iklan KFC kat radio ada menu baru Tangy Crunch laju jer rasa teringin tu. Hehehee. Baru dengar bunyi dah tau sedap. Hahahaaa..

Aku sampai umah dalam pukul 6 macam tu, singgah solat jap & ambik anak-anak. Dalam pukul 7 cmtu sampai kat KFC Subang 2. Nasib baik tak ramai orang. Lega.
 
 
En. daddy order set KFC Tangy Crunch Family & Friends. Ada 9 ketul ayam kat dalam & dapat air Lipton botol besar & whipped potato. Aku topup lagi satu coleslow. Cukuplah untuk kami anak beranak. Itu pun tak habis, tapau bawak balik.
 

Saja nak bercerita ngan korang. Masa nak menunggu waktu berbuka tu, belakang meja aku ada seorang perempuan mybe bangsa Serani duduk satu meja dengan anak-anak lelaki dia yang baru balik sekolah. Then aku perati gak dia, macam pelik sebab aku tengok, makanan dah ada tapi dia tak bagi anak2 dia sentuh ayam tu. Pastu aku dengar salah sorang anak dia cakap, dalam bahasa org putihlah .. lambat lagi ker mommy? pukul berapa boleh makan? pastu mak dia cakap, nanti, belum boleh lagi. Then bila dah masuk maktu maghrib, aku tengok dia & anak-anak dia pun baca doa jugak (style dialah) then baru makan. Kat situ baru aku tahu, rupanya dia pun menunggu waktu berbuka macam orang Islam jugak. MUNGKIN cara dia tu  nak ajar anak-anak dia untuk hormati orang yang sedang berpuasa. Alhamdulillah. Senyumm panjang aku tengok dorang. 
 
*_____________*
 


Pastu aku perasan belakang meja perempuan Serani tadi tu, ada pulak satu meja budak lelaki. Pemerhatian aku, maybe umur bawah 12 tahun. Hambooii kemain bebudak zaman sekarang ni. Dah pandai nak berbuka dengan geng2. KFC lagi, kemain advances. Hehehe. Acik dulu nak, mak acik tak lepas acik ni nak gi berbuka dengan geng2. Acik pun takuttttt giler nak bukak mulut nak cakap ...mak, orang nak gi berbuka dengan kawan2.. Mau mak acik humban tikar bantal ke luar,  takyah balik terus... Hahahhaaa. Itu citer dulu2 lah yer. Heeheeee.


Adam cukup berkenan dengan ayam KFC Tangy Crunch ni, sampai 2 ketul dia makan. Qaseh pun sama. Rasa dia yang pedas, ada masam sikit & yang paling best dia crunchy. Perrgghhhhhh.! Sedap hingga menjilat jari. en. daddy repeat makan masa sahur pagi tadi. Okleh tu, elakkan pembaziran uolzz! #ahaks

Kalau korang agak2 tak sempat nak masak untuk berbuka, KFC adalah pilihan yang tepat uolzz. cepat & sedap. Wajib lepas ni repeat lag Tangy Crunch ni. 



'Selamat Berbuka Puasa'
 

No comments:

Post a Comment