Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Wednesday, July 2, 2014

Adam, Puasa, Resepi

Hambek ko tajuk 3 serangkai! hahaha
 
Salam.
Diam tak diam dah masuk hari ke empat kita berpuasa. Alhamdulillah. "Selamat Berpuasa korang!
Yang kat umah aku tu si Adam Alhamdulillah still bertahan sampai ke hari ini.

Kirenye ini tahun kedua Adam belajar berpuasa. Tahun lepas, dapat satu hari jer penuh, yang lain alruyupp.. takpelah untuk permulaan. But tahun ni semangat dia lain macam sikit. *heheeee. Ucu pizi dah janji nak bagi dia satu hari RM1.  Ohyer malam tadi ada lagi sorang dah berjanji dengan dia, nak bagi amaun yang sama.. hehehe, iolzz  hokey jer, orang nak bagi kan, takkan nak tolak, tak baik.. #hahaha Suke hati koranglah kan, pandai berjanji dengan dia. Pandailah korang tunaikan nanti. #ucupizipleasetakenoteyer #auntyleezpleasetakenoteyer dia dah buat kira2 dah tu.. hahaha

First day puasa, adam still boleh tahan sampai ke petang walaupun ada gangguan kecil dari si qaseh. Qaseh dapat puasa setengah hari jer, dah tengah hari mulalah dia bergendang perut depan aku, lapar katenye. hurrrmm.. kandas akhirnye. Lepas tu ikut pulak aku gi kedai, boleh pulak dia mintak eskrem koneto bersalut kacang. Aku siap2 warning  kat dia, jangan makan depan abang, sebab abang puasa. Aku suruh dia makan kat blakang bonet kete.. hahahaaa. Qaseh aper kira, sanggup dia makan kat situ demi eskrem koneto bersalut kacang. Ok, fine!

Jiwa aku kan halus, cepat touching bila adam dtg kat aku "mommy, adam tau kenapa kita kene puasa 30 hari, bukan 1 hari. Aku pandang kat dia, tunggu aper dia nak cakap. Kalau kita puasa 1 hari kita puasa, kita tak rasa macam mana orang susah (miskin), tak makan tapi bila 30 hari baru kita dapat rasa macam mana orang susah (miskin) tak makan." Terus aku touching. Kuis2 air mata blakang dia. #hoberhokeyakuni. #faktorumurkot. So, far Alhamdulilah, sedikit sebanyak dia mula paham, kenapa  kene puasa.

Ok dah..dah kesat air mata tu.. #hahaha

Meh sini kak heton nak share sikit juadah berbuka puasa. Hamooii..hammoi kemain terbeliak bijik mata korang nyek nengok makanan.. ekekek  dah ambik pen ngan kertas nak salin resepi tak?? #bajetchef. Kita terus lompat ke menu hari kedua berbuka yer..

Menu : Simple Jer Wey Ayam Masak Merah
(nama menu tak hagak2)


Reseipi:
Ayam (Siap Goreng)
Cili blend
Bawang (potong bulat)
Halia (hiris)
Bawang putih (hiris)
kulit kayu manis (1 batang)
Bunga Lawang (2 kuntum)
Sos cili 
Sos tomato
Serai (titik/ ketuk)
Garam & Gula

Cara-cara:
Tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis & bunga lawang.
Dah naik bau, masukkan cili blend 1 senduk (agaklah, kalau nak pedas letak lebih sikit)
Lepas dah garing, masukkan cili sos, tomato sos, garam, gula then kacau. 
Kalau pekat sangat, tambah air sikit. Bagi dia ada kuah sikit, TAPI jangan banyak sangat nanti cair tak sedap. Biarkan kejap. Letak serai. Then baru letak ayam & bawang yang dipotong bulat2 tadi.
Pastu rasa, top up yang mana kurang. 



Ni bukan sebarang resepi hokey. Resepi dari mak mertua kak heton. 
Penat kak heton menuntut dengan mak mertua kak heton, 7 hari 7 malam nak dapat rasa 99% sama dengan yang mak mertua kak heton buat. Orang sebelah umah kak heton cakap sedap, siap simpan makan sahur..
*ekekeee

Menu : Cucurku Gebu Gebu

Resepi: 
Tepung Gandum (ikut korang nak banyak mana)
Daun kucai
Taugeh (letak lebih sikit pun takpe)
Udang kertas/ ikan bilis  (yang ni kalau letak lebih lagi sedap :) )
Garam (secukup rasa)
Kunyit
Gula (jgn banyak, cukup ambik ujung jari jer)

Cara-Cara:
Korang adunkan kesemuanya sekali. 
Masa nak letak air tu yang penting.
Jangan kurang sangat air, takut dia keras
Bagi dia macam cair sikit tapi jgn sampai tak boleh cedok pulak.. 
hehehe.. susah kak heton nak xplain..
agak koranglah yer..
pastu gorenglah.. Masa goreng tu biar sampai color dia macam kat gambar atas tu. Cekelat2.
Sedap wey, raguuupp.. Kalau tak caya korang boleh try

Resepi : Kuah Cicah  Cucurku Gebu Gebu
Bawang  putih - 3 ulas
Cili besar - 5 biji
Cili padi - 5/6 biji
cuka - 1 sudu
garam
gula 
cili sos
air masak

Cara-cara
blend semua bahan tadi (bawang putih, cili besar, cili padi) *air masak jgn banyak
letak cuka, garam, gula & sos cili (kasi pekat sikit)
Siap di hidang.


Yang ni takda resepi hokey, sebab bukan kak heton yang masak yer.. 
#jujursangat

Okeylah, itu jer nak share ngan korang2 untuk hari ni.

 Selamat  Berpuasa

ok, bai!
 

 

No comments:

Post a Comment