Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Friday, October 3, 2014

Adam & Kaklong

Semalam hari kedua Adam start naik van sekolah. Uuhuuu! seram gak aku nak lepaskan dia ni. Tau lah budak-budak kan,  maaaaiiinn.. tak sudah-sudah. Sebelum ni, adam naik kereta dengan Zah, owner TASKA QISTINA yang pernah jaga Indah suatu ketika dulu. Memang terhutang budi sangat-sangat dengan Zah, sebab dia sanggup ambik Adam sorang jer balik sekolah & banyak tolong aku. Terima Kasih banyak-banyak Zah.

p/s: Kalau ada sape2 nak cari pengasuh/ taska area Subang Bestari boleh call Zah. 
Jangan risau yer mommy2 semua, taska ini berdaftar. Taska Qistina ~ 012-6277959 (Zamila)

Alhamdulillah. Aku nengok adam relax jer tunggu van dia. Tapi dalam pada tu aku dok membebel2 kat dia suh tengok2 kalau van tu datang. Aku taknak dia tertinggal van. Nasib baik dia hafal nombor van tu. Lega aku. Bila van tu sampai, aku biarkan jer dia pegi kat van tu, nak tengok dia macam mana. Hahaaa. Okeylah melepasi piawaian yang aku nak. Lega.

menu tengah hari semalam
So hari ni,  aku tak tunggu dah kat school dia. Pukul 12.40 td aku call akk tu. Blom aku sempat aku tanya, dia dah cakap.. "Dah ada dah.. dah jumpe.." hahaahahaa.. Lega aku korang. #urutdada

Settle bab Adam.

Semalam beday kakak aku yang sulung 'Kaklong' yang ke 41 tahun. Dah 41 dah engko yer long?? #gelengpale  oklah tu Life is begin at 40 kan?? so, enjoy your life.

Birthday Girl

Malu katanye nak tunjuk muka. So kasi tutup sikit ngan satay. Hahahah..
Aper2 jerlah. 

Dah ar beday dia, kene dera masak pulak tu. Hehehe. 
Long, kitaorang masak tak sedap, ko masak sedapp, so org rasa elok ko jerlah yang masak yer...

Ayam Kicap

Kari Siakap

Keli Cili Api

Memang hancusss diet buah aku selama ni. #daaammn
Hooiii sedap gilerrr lauk-lauk ni.
Terima kasih long sebab tunaikan permintaan orang, suh  masak ikan keli cili padi.
Bertambah okey.


p/s: Kalau korang teringin nak makan nasi lemak kukus & berlauk (paru sambal, ayam goreng, keli sambal, sambal sotong, rendang daging, rendang kerang dll silalah terjah gerai kaklong aku. 
'NASI LEMAK DE HILIR' Dekat dengan dewan orang ramai area Subang Bestari. betul-betul depan padang. Jangan lupa tengok bunting 'NASI LEMAK DE HILIR'
Dia start jual pukul 4 ptg & sampai malam. Biasanye dalam pukul 9.00 tu dah abis.
Aku brani kata, kalau korang datang sekali compem nak repeat lagi.



Anyway. Happy birthday to Kaklong. 
Semoga dipanjangkan umur, di murahkan rezeki & dilimpahkan kebahagian di dunia & akhirat
In Syaa Allah.

No comments:

Post a Comment