Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Thursday, October 16, 2014

Budak Tak Makan Saman

Bila di ingat-ingatkan balik. Sakiiittttt.. jer jiwa raga aku ngan dak kecik chenonet ni malam tadi.
Memang betullah  mak aku & mak mertua aku cakap .. 
"Mak tengok, budak ni lain macam.. lagi dasat dari abang ngan kakak dia..." 
Mak, betullah mak cakap memang lain mahhhchaammm pe'el dak kecik ni.
adoiiyaaaiii.


 Macam manalah aku tak sakit jiwa raga aku, ngan budak kecik ni. Malam tadi, kitaorang dah bersiap nak tido, abang ngan kakak dia, dah landing atas tilam nak tido, En. Daddy dalam toilet, aku pulak dah dok baring2 atas katil sambil memanggil2 si Indah..

Indahh.. jomlah naik sini sleep.. Jom Indah.. mommy dah ngantuk ni..

Aku tak dengar pun suara dia. Selalu asal aku panggil jer, laju jer dia dtg.. Sekali tu, dak adam terpekik .. "Mommy.. Indah tu!" Terus meloncat aku dari katil. Aku ingatkan kenapa, rupanye dak kecik tu dah tumpahkan susu sebekas kat atas lantai tepi tilam abang & kakak.  Ahcanner tu??! Bukan susu yg dah siap bancuh tu, yer dek non, (susu dah siap bancuh tu dah biasa dia tumpahkan) Abislah satu baju dia kene. Masa aku dok meloncat tu, aku tengok, sardiinn jer muka dak kecik tu, tengah menjilat-jilat jari dia. Siap kutip2 lagi susu yg tumpah kat lantai tu masuk mulut. Ko rasa aku tak sakit hati?? En. daddy kuar dari bilik air, terus mengucap panjang. Aku terus bawak budak kecik tu masuk toilet, basuh sikit badan dia, takut kang time tido, segala serangga kerjakan dia pulak.


Lepas aku dah siap bilas badan dia, dah bukak pampers dia, (en. daddy lap susu yg tumpah tu) aku bawak dak kecik tu keluar dari toilet, nak pakaikan dia pampers & baju. Dia sardin jer bervogel sambil tu menyiarap, badan separuh masuk bawah katil, separuh mengadap abang dia. Aku pulak tengah dok mencari pampers. Korang tau aper yang jadi masa tu?? Memang macam nak picit-picitt jer dak kecik tu.. Dak adam bersuara... "Mommy, bunyi aper tu?? bunyi macam air jer. Aku datang dekat ngan Indah, memang bunyi tu dtg dari dia. #crying  Korang tau dak indah boleh kencing pulakkkkk kat situ.. Dah lah en. daddy baru jer abis mengelap susu tumpah tadi, ni nak kene mengelap air kencing dia pulak... Adooiiyaaiii... Setereeesss aku wey! Kene sedas kat bontot dia, aku tepuk. Berlari aku bawak dia masuk dalam toilet, bilas balik badan dia, sebab air kencing dah kene satu badan. 



Oklah tamatttt citer.




Jap..jap.. korang ingat ia berakhir di situ ker?? Owhh tidak yer korangggg.. Kali ni macamm.. nak bagi tali pinggang pulak. Hahahah.. Lepas aku settlekan dia, pakai baju, pakai pampers bagai siap bedak. Aku bawak dia naik atas katil. Nak kasi dia tido. Tak jugakk dia nak tido. Ada 10 kali dia dok turun naik katil. Last kali aku tak larat, aku biarkan jer dia. Korang tau kali ni dia buat aper pulak?? Dia tumpahkan pulak air masak kat tilam Adam & Qaseh.. AHcanner tu??! #crying Nasib baik baju dia tak brape basah, basah sikit-sikit jer.  Sebab adam sempat selamatkan. Itu pun dah separuh botol yg tumpah. Tak koselah aku nak tukar lagi baju dia. Geraaammm sangattt aku ni. Sape ker lagi yang nak kene mengelap air yg tumpah tadi kalau bukan en. daddy.. Uuhuuu.. Sabarr yerr yang.. Padahal dalam hati dah mengelegak dah.  Hehehe

Pagi tadi saje jer dok bercerita balik ngan en daddy pasal perangai Indah malam tadi. 
Aku: Hurrmm, Indah2 kemain lagi, tak makan saman budak kecik tu sekarang. 
En Daddy: Aiisshhhkk.. rasa macam nak kasi tali pinggang jer ..
(main tali pinggang jer laki aku ni, tak kasi chan.. hehehe)

#Haahahahahah. Nasib baik ko kecik Indah, kalau dah besar compem kene sedas dua ni. Itu compem!



Kecik besao, kecik beso jer mommy negok dak kenit ni.
Tak jumpe rindu.. dah jumpee kalu .................................... lupe pikirlah sendiri


Oklah, penat malam tadi tak abis lagi. 
Ok bai!

No comments:

Post a Comment