Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Tuesday, October 28, 2014

Impian Morib & Ikan Bakar

Meh sambung balik aktiviti 2 minggu lepas.
Lepas gi makan2 celebrate anniversary Kak Juana & Yeop, terus pecut ke Impian, Morib celebrate beday anak buah, Rayyan Rizqin & package sekali beday mak. Tido satu malam kat situ.


Kemain lagi mak aku ni, nakk jugak buat bedayy dia...
Ekekekekee..

Happy birthday Ayyan.  Semoga jadi anak yang soleh yer. 
Presen mommy hold dulu yer.. hehehe

 Happy kemain dia. Budak ni, tak boleh jumpe Adam. Nanti dia jadi tak tentu arah.
Ekekeke.. Happy dia, bila Adam & Qaseh ada.

Hamboi.. jauhnye mak tiup lilin.. sampai ke anginnye tu.. Ekkeee

Dak kecik ni tak menyabor dah nak terjun kolam.


Lepas dah settle sesi tiup2 lilin, potong2 cake, anak-anak aku dah menggelenjat nak terjun kolam.

 Cantik jugak Impian Morib ni. Suke aku. Kolam dia luas. 
Korang boleh pilih nak mandi kat belah2 mane pun. Kolam ada 2 engko.
Takyah rebut.





 Makanan, mak aku order ngan moksu aku. Senang. Takyah pikir nak makan2 kat luar. 
Mak aku order untuk makan petang masa sampai & breakfast. Taulahkan bila dah mandi kolam, compem2 lapo.. Kalau korang, stay kat Impian ni, nak order makanan, bolehlah order ngan moksu aku. Dia boleh anto kan. Kan moksu?? hahahaha


Harga bilik kat Impian ni termasuk breakfast. So korang takyah pening2 nak pikior.
1 bilik tak silap aku, dapat 2 kupon. So korang belasahlah sampai kenyang.
Nak bagitau, nasi lomak & sambal sotong dia sedapppp.

Sebelum packing balik, aku kasi chances kat bebudak tu berendam. Kasi dorang swimming puas2.

 Aku ngan Indah, ambik angin kat sekitar Impian Morib ni. Cantik tempat ni.
In Syaa Allah, ada rezeki boleh repeat lagi. 

Aku nak kasi sikit review pasal Impian, Morib ni.
Tempat yang cantik, kolam besar puas untuk anak-anak mandi. Bilik dia pun pada aku okey, tapii..tapiii.. aku rasa dia kene upgrade lagi sikitlah, kasi tukar bantal sikit bantal yang dah lama, nipis bebenor. Sakit pale aku. Tilam pun cmgitu, dah boleh rasa spring..
Mybe..mybelah.. bilik aku jer kot cmgitu. Bilik orang lain okey jer..
Hehheeee.. Kawasan sekitar hotel bersih.
Aku kasi ~ 7/10


 Lepas bertolak dari Impian, mak aku ajak makan cendol kat pekan Banting.
Aku tak tau nama dia, tapi yang aku tau lokasi dia betul-betul depan panggung wayang lama 'LIDO'

 Korang tengok dak kecik ni..


 Tak senang aku nak makan dak kecik ni.. 
Mula-mula berdiri, kendian nak duduk atas meja pulak.. pastu..akhirnyaaaa...


Taaarraaaa... bestttkan?? kan?? #nanges
Ni nama dia 'Tangan Celop Cendol' Sakit hati aku, tak sempat nak merasa dak kecik dah buat amukkan kat situ. Uuhuuu..

 Terus aku merajuk taknak makan cendol. #nyampah. 
Aku cam jakun jap nengok dia sagat ais. Zaman skunk mane ada lagi org sagat ais gune bendalah tu.
rare ni beb! Susah nak dapat ni beb. Bukan ane tu yang susah nak dapat.. #ekekeke
 tempat sagat ais tu yg susah nak dapat yer.. bhaaahahaaa

Lepas puas mencendol, misi mencari ikan fresh bermula.


 Mak aku ajak pegi pengkalan, tempat ikan naik. 
Nasib tak menyebelahi kitaorang, ikan takde time tu.. uuuhuuu.

Masa on the way balik, nampak orang jual ikan kat tepi-tepi jalan, terus singgah



Banyak jugak ikan & fresh-fresh.
Aku sempat beli sotong, ikan, ikan merah & kerang. Nak carik ketam, takda abis katanye.
Harga pun boleh tahan jugaklah..

 Hamboii abg ngah, siap tolong orang tu siangkan lagi. Bajet boleh dapat diskaunlah tu.. 
Hahah~ rentikan jerlah...
Muauahahahaaaa...

Lepas settle memborong aper yang patut, kitaoranag pun berpecah balik.
Tapi aku kan.. kannnn.. menyimpang ke tempat lain pulak. #Hehehehe
Sian kat anak2 teringin nak makan ketam.

Lokasi : Sg. Bagan Seafood Restaurant
No. A 13002, Tanjung Harapan, Lingkaran Sultan Hishamuddin, 4200 Port Klang
No: 03-3176 2042

Memang rezeki anak-anak. Kitaorang sampai dalam pukul 3 lebih. Nasib baik dah bukak.
Lepas kempunan anak-anak nak makan ketam. 


Ramai gak orang masa kami sampai tu.

Ketam Sweet Sour

Sotong Goreng Tepung

Kangkung Goreng Belacan.



Memasing dah kenyang. Baru boleh senyum sampai telinga.
Dah jom balik!


ok, bai



....gigih okey nak ngabiskan citer ni..


No comments:

Post a Comment