Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Friday, March 7, 2014

Cerita Semalam

 Rizziela: meleleh dah ni.  
Beb! ko sempat sedut balik tak air liur ko tu.. hehehee.. Better kau try! Confirm tak nyesal.

 ****************************************************************

 Semalam en. daddy takde, gi outstation kat Penang.
Maka gigihlah aku mengantar Adam gi sekolah jalan kaki. 
#Phhfftt, penat jugak wey, jalan kaki walaupun sekolah dia ngan umah aku tak jauh.
Dalam hati kalau hari2 cmgini "CONFIRM at least 10kg turun tak lari.." 
ekekeke..#verangan #pangskali


Ni Sekolah Adam Sek Subang Bestari (2)
Kau boleh hantar stakat kat pagar sekolah jer, tak boleh sampai dalam.
Niat hati nak antar sampai dalam, aku tgk si pak guard tu dok jeling semacam jer aku, terus tak jadi.
 Bila tengok muka adam pegi sekolah,aku jadi kesian, jadi sedey
*biasalah aku touching lebey

Bukanper, dah besar dah anak aku. Dah boleh berdikari sendiri dah.
Bawak beg dahlah berat. Aku try bawak, nasib baik tak rebeh bahu aku oi!
Aku siap cakap ngan adam, 

Mommy: Beratnye beg adam ni. Ada aper dalam beg ni. Ikut jadual tak?
Adam: Mestilah buku mommy, tak kan batu dalam beg adam.

Ok, fine! 

Aku intai dia ikut pagar sekolah jer. Tengok ngan siapa dia jalan.
Dia jalan ngan kawan dia, kejap2 dia pusing belakang tengok aku ada ke tak.


Lepas aku dah tak nampak dia, baru aku jalan balik.
 terbakar lelemak aku, jalan pagi2 cmgini.
Macam sayang jer nak biar dia terbakar..

Hahahaha..


Aku pegi keje ngan jiran aku 'Pian'
Nasib baik dia ada. Tapi biasalah, dah nama pun menompang terpaksalah aku ikut time dia masuk keje.. hehehee.. TQ, Pian
Sementara tunggu dia, baru aku perasan, pokok bunga aku ni tengah berbunga lebat.
Dulu pokok ni dah nak mati dah. Kalau tengok, memang macam takda harapan untuk hidup.
Tapi bila aku dah belai2, aku dah siram, Alhamdulillah menjadi.
Cantik kan??

Sayang mommy

Hug mommy

Muchuk2 mommy *____*

Pagi betul si kenit aku ni bangun. Nak pegi school jugak kot. Hehehehe.
Budak kenit ni, kalau dah bangun, terus nak kene bagi makan & terus mandi.
kalau tak kasi mandi, dia akan melalak.
 Tak sejuk ker..?? budak kenit ni bukan tau sejuk wey. Pagi2 mandi air sinki.
Xyah aku susah2 nak jerang air bagi mandi air suam.
Tak menangis pulak tu.. Hehheee
 Mane tak nya, budak kenit ni memang kuat berpeluh..
 
Sebab tu badan menjadi2..
Makan cukup, mandi cukup, tido pun kategori cukup waktu malam sebb sekali jer dia bangun.
Bagus!

Eh! lupe nak citer pasal kakak Qaseh.
Si kakak qaseh skunk ni, perangai dia memang aku kene banyak sabar.
Biasanye en. daddy yang akan handle dia.
Aku?? hurrmmm.. aku ni memang tak reti nak pujuk2 orang.
Stail aku, kalau skali aku pujuk tak jalan, aku tak layan.
Biarlah kau nak merajuk lame mane pun. Takku heran.
Tapi bile aku yang merajuk, orang pujuk aku sekali jer.. memang aku akan sakit hati!
Kau kene pujuk aku 100 kali baru aku okey..

hahahahahaha..



 #tetiba...


#meluat nak mampos!


Itu jer citer aku.



ok, bai!



No comments:

Post a Comment