Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Friday, March 28, 2014

School Holiday - Singapore ~ Part One

Mood holiday sudah mariii.. Yeeeeehhhaaa! #lompatbintang. Ooopss, hover ok engko ni. eekkeee. :) USS Singapore adalah pilihan destinasi cuti sekolah kali ni. Xcited sangat anak2 bila tau dapat pegi. Mommy dia, aper tah lagi, gile tak xcited. Dah lame bebenor tak gi jenjalan jauh. Uuhuu.

Payah bila nak travel ada anak kecik ni, nak naik shuttle bus masuk ke Singapore. Nak angkut barang, nak angkut makanannye lagi, nak angkut stroller lagi.. pergghh..! aku dah dapat membayangkan diri aku ketika itu. Baik tak payah. So, kami decide bawak masuk kereta & stay 3 hari 2 malam kat Singapore lagi mudah.com. Ok, nanti aku citer pasal Singapore nyek. :)

First Day  ~   23/3/2014

Bertolak dari rumah dalam pukul 12.00 tengah hari cmgitu. Singgah kat JPO dulu. Ok. First time jejakkan kaki ke sini. Banyak gak aku baca review kat belog2. Ada cakap best, ada cakap tak brape best, ada cakap murah, ada cakap mahal. Hahhaaa.. Macam2 review ada. Hahahaa.


Daddy & Kiddos

Adam paling xcited dapat gi holiday. :) Sama lah jugak ngan orang yang tukang tulis ini. Hahaaa.. Memang nawaitu aku xdelah nak sopping sakan kat sini. Just nak menyervery barang aper yang murah, barang aper yang berbaloi untuk di beli. Keyword: SURVEY

:)

Kiri kanan kedai. Kebanyakkan branded item. Pilih jer yang mana 1 yang korang berkenan, kasi rembat bawak balik. hehehe. Dari 1 kedai ke 1 kedai aku masuk, sampai lenguh ar kaki aku ni. kikikikkk.. Nak berjalan sangat kan?! 

Pada pendapat akulah kan. Kebanyakkan kedai yang ada ni kat sini biasa2 jer.  Harga leih kurang jer dgn kedai punya.  & then kebanyakkan kat sini stock dorang old seasson. So, xde yang menangkap mata & hati aku pun. Kalau ada pun simpan jer dalam hati coz, harga dia still mahal.


Cotton On Kids

Ok, kat sini aku masuk jugak. Tengok2 mana tau ada yang berkenan.


Poney

Kat poney ni, aku rembat gaun Indah & Qaseh selai sorang. Harga asal dalam RM59 cmgitu, after less dapat dalam RM20 lebih. Oklah tu. 

Budak belang

En. Daddy cakap ngan bebudak ni. "Kita akan balik, bila korang sampai menangis nak mintak balik.." hahaaa.. perli aku ker haper dia ni.


En. Daddy & Aku

Elekk jer aku, masuk burberry pakai selipar jamban. Muahaahhh. oh yer! Aku ada post pic ni dalam fb aku. Kalau tak silap mata akulah, ada yang tanya aku ni peknen ker? ekekeke..

Ok, ni jawapan aku yer : TUNGGU PC DARI KAMI! gituew. Muaaahhahaa..

Sebenarnye baju yang aku pakai ni jenis A cut memang besar kat bawah. Kebetulan masa kitaorang ambik pic ni ada angin, so, tertiuplah baju aku tu, nampak lah dia mengelembung kat belah depan tu. Hahhahaaa. Then.. blaa...blaaa...blaaaa...bbbllalaaaaa... ok. Logik tak?? ekekek. Oklah..oklah.. Kenyataannya, aku memang gemukx. #sobsob :(


 Adam & Qaseh




Walaupun time aku pegi ni musim cuti sekolah, tapi taklah ramai sangat orang. Nasiblah baik, dah lah panas terik time ni. Uuhuu... Nasib baik si Indah tak banyak ragam. Good gurl sungguh budak kecik tu. Lepas ni boleh ar bawak jalan2 lagi.

Michael Kors

Walau pun dia letak kat situada discount, still mahal jugak. #nanges. Tak pelah uncle Michael, next time In Syaa Allah we meet again yer.

Outlet Coach pun aku  masuk gak. Adalah 1 handbag aku memang tengah usha. Tapi harga asal dalam RM1000+ after discount dalam RM900+ then aku check kalau aku beli on9 design yang sama aku bole dapat dalam RM600+. Hurm. Cmno tu??

Gap
Outlet Gap pun aku masuk gak. Tapi tak koselah aku nak beli baju budak t-shirt dalam RM60+ baik beli baju aku. Hahahaa.. #gilerkedekut. Aku tanya En. Daddy nak rembat tak selai dua baju? Dia cakap takda yang berkenan.. hurmm Samalah dengan aku takda yang bestest. Hahhaaa..

Then aku ada masuk gak, kedai2 kasut. Ada 1 kedai kasut tu aku lupa aper nama dia. En. Daddy ingat nak ar rembat 1, skali tengok kat blakang sliper tu arge RM300+ after discount #gulp telan air liur aku. Sliper macam sliper biasa jer pun. Nape sampai RM300 lebih, siap bole massage skali ker haper. Hahahaha..
 Food Court

Cowboy Boy

Puaslah memusing kat JPO tu. Dah naik beralih tempurung lutut aku. Ekekeke.. Lepas solat maghrib baru kitaorang berangkat masuk Singapore.
 Tuas (Link ke 2)

Bismillahhirahmannirahim. Nerbes kat wey nak masuk kat sini. Hahahaa.



Ok, aku bagi tips sikit aper yang korang perlu ada (kalau bawak kereta) SEBELUM MASUK CHECKPOINT SINGAPORE

credit Info to: http://ladybirdstories.blogspot.com

1. Isi minyak full tank, sebb minyak SG mahal.
2. Passport WAJIB
3. Bawak GPS
4. Isi White Card siap2. Kalau takda takpe. Nanti bole mintak & isi time tu jugak.
5. Roadtax jangan lupa bawak
6. Duit WAJIB bawak lebih. Hahahaaa..

Masa dekat Imigration Malaysia.
1. Drive thru jer.
2. Bukak tingkap. Dorang nak tengok muka sorang2 sama tak dengan pic passport
3. Pihak IMI akan cop passport

Masa dekat Imigration Singapore
1. Drive thru di mana-mana booth immigration.
2. Buka semua tingkap dan hulurkan semua passport + white card yang telah ditulis.
3. Kalau tak ada white card minta di kaunter itu dan tulis pada waktu itu juga.
4. Dah siap tulis serah pada pegawai kastam.
5. Tunjuk muka pada pegawai kastam Singapore.
6. Bagi MyKad jika diminta.
7. Tunggu dia cop passport dan pulangkan balik bersama keratan white card tadi. 
8. Settle di bahagian serahan passport kemudian lalu ikut Red Channel untuk beli autopass. Kalau dah ada autopass lalu ikut Green Channel.

AUTOPASS  S$10 - NETS S$10


Autopass ni lebih kurang touch & go juga function dia. Wajib beli tau! Kegunaan dia untuk bayar parking, toll, dan nak keluar ke Malaysia nanti. Satu kenderaan satu autopass.

Beli Autopass
1. Dah lalu ikut Red Channel beratur untuk parking kereta di bangunan yang menjual autopass. Ada pegawai kastam yang jaga parking nanti.
2. Dah parking driver kena turun dari kereta. Penumpang lain tak perlu. Bawa semua passport skali.
3. Panggil staff untuk ke kereta kita. Dia akan tengok road tax.
4. Bagi geran kereta dan insuran jika diminta. Kalau tak minta tak payah.
5. Isi borang yang ada kat dalam bangunan tu dan beratur serahkan borang di kaunter.
6. Bayar harga autopass $10.
7. Dapat autopass dan resit. Settle.
 
Inspection Booth
Lepas settle semua ni. Kita kene pegi ke inspection booth. Yang ni pun seram gak. heheeee.. Korang kene pastikan korang tak membawa apa2 yang tidak dibenarkan oleh pihak SG. Sila rujuk SINI. Time ni kene berhenti di lorong dan driver kena turun yang lain tak payah turun. Kene buka semua tingkap dan bonet kereta. Selesai pihak kastam check dah boleh hhuuuyeeaaa. #Ahaks!
 
Ok, Sila cari kedai 7E yang berdekatan untuk topup  autopass tadi. Balance yang ada dalam autopass tu hanya S$4 je. So, Jangan risau, 7E memang ada kat merata2 SG ni. *aku pun cuak gak masa mula2 tu.. ekekeee..
 
Let's using GPS. Time nilah GPS jadi sahabat baik anda. #tetiba. Kalau tak tu, terporok ar dia kat dalam deskboard kete. Hehheee.. Kemoonnn ar, takkan dalam Keyell nak pakai GPS.. Muaahhaaa..
 
Thanks GPS coz be nice to us! #Muahmuah

Sampai SG terus carik hotel yang aku dah booking thru Booking.com. Value Hotel Thomson. Actually ada sikit kehampaan aku & en. daddy.

 Value Hotel Thomson

 
Aku booking bilik triple. Ada 1 Queen & 1 Single. Dalam bayangan aku opkos bilik tu luas kan. Then after melangkah masuk.. ibaratnye macam nak kuar balik jer. Nak cancel dah tak bole, nanti kene penalti 1 malam. Rugi! So, mengadaplah aku berhimpit himpit 5 beranak dalam bilik yang sempit itu . Uuhuuu.. Ruang untuk solat pun ngam2 jer. Ngan takda arah kiblatnye. :( Kitaorang pegi ke Arab Strt, cari masjid untuk solat.

 Room. Pic by google.
 
Lebih kurang cmgilah biliknye. Takda mood langsung aku nak ambik gambar bilik buat kenang kenangan. #phui Dalam website nampak luas jer. Tipah tertipu bang.. !! tipah tertipu...!! sob..sob..

 Toilet. Pic by google.

Toiletries Pic by google.


Nasib baik bilik & bilik ayor dia bersih. :) Nasiblah baikk. Kalau takk memang malam2 tu jugak aku paksa dorang pulangkan balik duit kitaorang. Sanggup nak carik hotel lain. Heheheee.

Aku rasalah bilik yang aku duduk ni, tak sesuai kalau korang ada anak 3 cam daku ni. Sesuai untuk orang yang travel ngan kengkawan jer or yang family ada anak sorang ke.. cmtulah.. Sempittt!

Malam tu jer nak dekat 10X en. daddy cakap 'hotel ni reject! hotel ni reject!

yerlah...yerlahhh.. 




.... to be continue Universal Studio Singapore

No comments:

Post a Comment