Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Tuesday, March 11, 2014

Pray for MH370


Walaupun aku tak mengenali seorang pun dari kalangan mereka, perasaan simpati itu tetap mendalam.
Di mana kah mereka, sihat kah mereka, makan kah mereka, lena kah tidur mereka
semua persoalan tiada jawapan.

Aku sentiasa mendoakan sejahteraan mereka walau di mana mereka berada.

 Ya Allah Ya Tuhanku, 
Aku tahu KAU Tuhan sekian alam & Aku tahu KAU adalah sebaik2 perancang. 
Tiadalah yg lebih tahu melainkan KAU, Ya Allah. 
KAU lindungilah mereka, KAU sayangilah mereka  & KAU kasihanilah mereka sebagai mana KAU mengasihi persuruhMU.
Sesungguhnya tiadalah daya upayaku melainkan dengan pertolongan dariMU Ya Allah.

Amin


Pandangan dari kaca mata Kapten Norudin Abd Majid


Bila ditanya tentang kehilangan pesawat MH370 beliau menjawab Allah Maha Berkuasa. DIA yang boleh buat segala-galanya sebab DIA yang menciptakan. Maka Allah jugalah yang boleh bantu kita menemui semula MH370.

Katanya lagi, Doa dari orang-orang yang soleh yang dekat dengan Allah (SWT) & keluarga sebab ketika itu dia sedang beremosi. Allah lihat ketika itu.



Aku suka dengar kata-kata beliau pada minit 33:50 hingga akhir.

* Kita terlalu taksub dengan teknologi.

* Allah swt memberi amaran kepada semua disini & seluruh alam, hati-hatilah diri kamu mengenai harian kamu, pemikiran kamu,  perbuatan kamu & langkah kamu.

* Kita perlu kembali kepada Pencipta dengan rasa rendah diri.


Aku berdoa & terus berdoa agar mereka kembali dengan selamat.
Semoga mereka semua dilindungi oleh Yang Maha Esa.

No comments:

Post a Comment