Thursday, June 19, 2014

Citer Semalam

ok, ni citer semalam.
Balik kerja semalam, belom sempat aku nak bukak gate, budak 2 orang tu dah terjerit2.
Biasalah anak2 xcited bila nampak mommy ngan daddy balik kerja, ada jer yang nak diupdatekan dgn kitaorang. Yang si Qaseh, macam biasa asyikkan mengadu tak habis2. 
Mommy.. tadi indah pukul kepala qaseh ngan remote, sakit tau..
kenapa kau tak elakkk?? (bunyi mcm pendekar bujang lapuk)
ok, aku mcm biasalah, 
dah okey kan? dah okey tak pe.. sambil gosok2 sikit kepala dia
hahaha mudah kan, keje aku

Yang si adam pulak. 
Mommy.. abang dah dapat kertas periksa  Duni Sains & Teknologi. Tapi abang dapat 96 markah jer.
*sambil tunjuk kertas periksa


Pada aku dah cukup syukur dah markah cmgitu.
Aku check paper yang mana salah then aku xplain kat dia, jawapan yang betul

~ Settle ~

Then, turn si Indah pulak.


Halamakk. si kecik aku ni sambut aku dgn pokok kelapak pulak atas kepala..
Gewwaamm mommy ngan awak ni Indah.
Skunk ni budak kecik ni memang pantang dengar muzik. 
Akan tergedik2lah badan dia berjoget ikut lagi.  Hahaha
Lagu Let it go (Frozen) memang feveret dia.
CD frozen yang aku beli aritu dh nak rosak dah, asyikkan diulang2.
Bila aku tanye Indah mana frozen??
Dia tunjuk baju dia. Hhahaaa.. sebab aku ada beli baju frozen untuk dia. Memang kalau dia dah pakai tak mau bukak.. Terpaksa mommy beli 30 helai lagi nanti.. #hahaa

 ~ Settle ~

Aritu kemarin en. daddy cakap macam teringin nak makan rendang paru. Ok, fine!
 Aku pun buatlah rendang paru campur daging demi suami tercinta.
 Dalam pada aku kat dapur, kemain haruk pikuk aku dgr kat dorang2 kat depan.
Hamboiii kemain bersenang lenang dorang nyek..
Aku jengah kejap kat depan...

Larrr ni kerja korang yer.. 
Siap berjoget2 lagi korang kat depan yer. happy kemainn 4 beranak ni.
ok, fine!


Yang aku pulak, berpeluh2 nak masakkan rendang paru + daging
langsung tak tunggu aku nak joget sesama
#kecikhati

 Tak sampai 1/2 jam rendang aku siap untuk dihidang.
Aku tak yah bersusah payah nak hiris serai, blend bawang bagai..
TAK PAYAH.. okey.. TAK PAYAH
nak tau rahsia rendang aku siap tak sampai  1/2 jam?


Taaaaaddaaa...
Perencah Rendah Pak Ngah in da house yo!
memang amat..amat memudahkan kerja aku nak merendang.

Paste ni boleh buat sampai 2kg daging or 2 ekor ayam.
Aku memang dah selalu beli paste ni. Beli ngan kakak opis aku. Memang sedap wey!
Baru ni aku siap beli 4 bungkus utk buat stock bulan pose & raya sekali.
Hahaha. #akusuke

Paste ni korang just lebur sahaja. Kalau nak pedas sikit korang letaklah cili kalau taknak pun takpe.
Ketuk serai & letak daun kunyit. Itu sahaja.
Kalau ikut paste ni, garam semua dah ada, tapi ikut tekak koranglah cmner nak rasa.
okey?!

 ~ Settle ~

Baru jer capai towel nak mandi, en dd nak mintak tolong pulak sapukan cream D'Herbs ni kat rambut dia. Aloo..loo manja sangat ni #menci
Bukan kata dia, sekarang ni kitaorang memang ada 1 masalah keguguran rambut.
Tak tau nak buat cmner lagi. 
Korang ada tips tak, mintak share sikit ngan aku peliss....

 Takpe kasi en daddy try dulu product ni, kalau berkesan baru aku cuba. 
Kang buatnye tak berkesan, makin gugur, botak pulak kepala aku. 
Hahhaaa.. tapi kalau kepala en. dd, takpe. #hahaha aku okey jer kalau dia botak..


Lepas mandi turun bawah, nampak pulak si kecik ni tengah tergedik2 berjoget. 
Aku dah agak dah, ni mesti tengah dengar lagu frozen.. 
Hadoiiyaaii
Demam frozenlah haii. Rabak duit aku, aper saje nak frozen.

#tepukdahi #demamfrozen



No comments:

Post a Comment

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...