Wednesday, June 25, 2014

Kisah School Adam & Qaseh

Salam <3
Malam tadi aku dah pasang NIAT nak membebel kat dalam belog ni, tapi sebelum apa2 aku kene kasi tido si kecik tu dulu, kang aku sibuk membelog, dia pun sibuk memanjat kaki aku mintak dokong. hahaaa. NIAT hati nak kasi tido dulu kan si kecik tu dulu, skali dengan aku2 tertido, sampai ke pagi. #tepukdahi

Buah hati beta.. <3

Sabtu lepas, ambik report card Adam kat sekolah. Pagi2 dah bersiap sebabnya masuk macam biasa. Turun2 jer kereta dia bagitau .."Mommy, mesti teacher abang, cakap abang okey jer kat school. Abang tak nakal sangatlah.. Abang baik jer... Aku: Eh! mane abang tau cikgu nak cakap cmtu? Adam: Abang agak jerlah.. abang rasalah teacher mesti cakap macam tu.. Aku: Okey, kita tengok nanti, cikgu cakap aper, kalau cikgu bgtau adam notty, siap! Adam: (dgn konpidennye) tengoklah nanti..

Masa nak naik ke kelas adam, berselisih dengan kawan dia & mak budak tu. ".. Mommy, budak ni nakal sangat mommy, dia tak reti duduk diam2. Teacher suruh dia buat kerja, dia merayap jer, sekali teacher alih meja dia, suruh dia tulis kat luar kelas.. Aku: Gulp! nasib baik mak budak tu dah lepas, tak dengar.. Memandai jer adam nyek cakap orang tu nakal, adam pun sama, lebih kurang jer.. tak baik cakap orang. Dah tutup mulut tu.. *seram aku budak ni cakap main lepas jer.

Sampai kat kelas Adam, kene que. Aku ngan en daddy tunggu kat luar kelas. Aku perati jer perangai si Adam tu, tadi kemain dia ckp orang tu, ini.. tapi dia pun lebih kurang tunjuk perangai kat aku. Dia main buli2 jer budak2 sebaya dgn dia. Dia buat macam budak2 tu kecik dari dia. uuhuuu..  Tengah aku dok que, dia ada bawak budak kelas dia kat aku (lelaki) "mommy, tengok budak ni, tembam kan? *sambil cubit cubit pipi budak tu. Geram adam tengok pipi dia. Dia main2 pipi budak tu, yang budak tu macam suke je pipi dia dipermainkan oleh Adam #sukehatikolah *aku tengok pun geram pipi budak tu bulat, comel! Pastu aku dengar dia cakap dgn budak tu, meh sini! give me 5! budak tu pun menurut jer pastu dia suh si adam suh budak tu cium pipi dia.. Haishh! lebih betul si adam ni, padanlah selalu kene gigit dgn Indah, lain macam ko punye geram tu adam ooii..

Yang tak boleh blah, tengah dia main2 dia dtg kat aku.. "mommy..mommy.. kawan abang (perempuan) cakap mommy cantik.." aku time tu dah kebas muka, mcm kene ubat bius kat muka.. uuhuu. hoi! aku pemalulah.. ekekeee #sajenakbagitau pastu dia pegi kat budak tu, dpn2 aku.. heyy.. tadi awak cakap mak kita cantikkan..?? budak tu terus malu.. takderlah..takderlah.. mane ada kita cakap... iyer, tadi awak cakap cmtu. Boleh pulak korang berdua bertekak kat situ. Dah ar parents lain ada. #taktaunaknyorokkatmana malu aunty tau nak, lenkali nak cakap aunty chantek bisik jer.. #bhhahahaaaa #chantekkerko #matilar

Turn aku pulak jumpa teacher kelas Adam. Aku nak gak tau macam mane dia kat sekolah. Sebab budak2 ni kat umah lain, kat sekolah lain. First thing cikgu tunjuk result Adam. So far Alhamdulillah. Top 5 dari 41 orang student. Alhamdulillah. Pastu aku tanya cikgu, macam mana dia kat sekolah. Review cikgu: Student yang mendengar kata, selalu buat homework, bukan dalam kategori nakal, fokus dalam kelas.. Alhamdulillah. Terkejut aku tetiba ada suara kat belah belakang aku, "kan adam dah cakap, okey punye..  ...Eh..eh budak ni! #haish!

Alhamdulillah, takda komen yang tak sedap nak dengar. Tahniah Adam! Terpaksalah en. daddy belanja adam something yer! *mommy tompang sekaki  yer   *__<

Part Qaseh pulak!
Aritu aku ada dapat komen dari MommyEL mintak aku share feedback pasal school RealKids. Sebelum tu, sorry yer MommyEl lambat nak buat review pasal sekolah Qaseh. Yang bebenornye tak tau nk review cmner.. hahahahaa..



So far untuk penggal pertama sekolah, saya dapat positive feedback dari teacher qaseh.  Qaseh ni dah boleh independent & buat homework sendiri. Lagi satu yang saya perasan, dia lebih berani ke depan senang cakap confident level dia dah meningkat compare sebelum ni, pemalu orangnye. Dari segi pergaulan pun nampak dah pandai berkawan. okeylah tu. Alhamdulillah. Dan saya pun takderlah nak bagi high xpectationkat untuk budak baya dia.

Sekarang ni, dia very..very very talkative. Sepatah kita tanya, 10 dia jawab. Hehehehee... Stakat nak cakap omputih tu dah bolehlah sikit2. Pada saya untuk budak baya dia (5 tahun) dah boleh tulis nama sendiri, dah boleh mengira & mengenal huruf tu pun dah kira ok.

Dari segi sekolah:-

* Safety - Dari segi keselamatan saya memang puas hati. Gate sekolah sentiasa berkunci. Bila parents/ bus hantar anak2 ke sekolah, ada cikgu yang akan menuggu di luar sekolah & iring pelajar hingga masuk assembley. 

* Facilities - Di RK memang ada playground dalam kawasan sekolah so, anak2 banyak aktiviti kat dalam area sekolah. Cikgu pun ada tengok2kan.

*Activity - Setiap hari isnin ada kelas swimming. Swimming class ni, dikendalikan oleh swimming instructor yg bertauliah. Alhamdulillah nampaklah progress kat si qaseh ni. :)

Lagi satu yang best kat sekolah ni, ada kelas tambahan untuk bahasa mandarin/ english/ agama (xtra chargelah tapi... hhehehee)

Yang lain rasanya lebih kurang sama jer dengan sekolah lain. HEheee...

Thanks MommyEL, sudi singgah kat belog kitew ni
 

No comments:

Post a Comment

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...