Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Monday, March 18, 2013

Pink Ker Blue?? **wink**wink**

Tolooooonggg layannn aku. 
Aku tengah SANGAP TAK HENGATTTTT!!!


^____________________________^
 
Semalam aku gi OU nak makan sizzling mee. Mase dalam lift, adalah sepasang laki bini nie, bawak bb boy dia. BB dia asyikkan memandang aku jer. Macam berkenan kat aku. Hhaaaaa.. Pastu mak dia dia cakap Yang dalam perut tu mesti gurl. Biasanya cmgitu. Aku pun, cm biasalah yer ker??! ringkas jer jawapan aku. Tapi bb tu kan memang tak lepas2 memandang aku. Cun sangatttt kot..!! MUahhahahaha... #mataberkaca

Korang biasa dengar tak, kalu pompuan peknen, bentuk perut dia melebar jer orang yang nengok akan cakap 'MESTI PEREMPUANKAN?? Hahhhaaaa... betul tak? penah kan, kan?? Kalau dia nengok perut orang tu meruncing ke depan jer  mesti orang akan cakap BOY KAN?? Tak taulah aku betul ker idak. Fakta ker auta jer. MUahhaaaa...

Macam aku, setelah di buat mengiraan balik katelah ada 20 orang menilik perut aku, 10 akan cakap Nie mesti GIRL.... yang 10 lagi nie mesti kata BOY.... Hhaaaaaa...  Tapi bile aku scan doc cakap, **teeeennttttttttttt....** (bajet retis nak rahsia) Hahhhaaaaa..... Seriau gak mak kau, nak beli baju pink ker blue, skali kuar boy tapi ai bajet girl, masakkkk sarung tangan berbutterfly2 bagai, berbunga2 bagai.. Nakmolah camgitu kan?? Penah gak aku dengar, ada kes yang sepanjang peknen dia scan bb girl kuarnye boy or sebaliknya...  Wallahhualam. 
 
Moh ler kite cekidout!! Info nie aku dapat kat SINI manelah tau info nie bole membantu korang2 termasuk aku.

Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika...

Ini adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa didengar mengenai mengandungkan anak lelaki. 

  pic pinjam kat google
  • Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.
  • Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.
  • Perut anda “rendah”.
  • Anda sangat berseri-seri ketika hamil. #ohyer ker?? Mase aku peknenkan Adam memang chomot jer rupe... MUahhhaaaa..
  • Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan. #Pengalaman aku peknenkan adam & aceh simptom dia same jer, MABUK *yurlkk**
  • Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri. #no komen*_*
  • Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar. #malas nak nengok cermin *nyampah!
  • Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging. #aku suke seafood
  • Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil. #cepat krem tengah malam.
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing. #nie pun aku penah dengar & buat. Hhaaaa.. tapi tak ingat mase adam ker aceh.
  • Kulit anda menjadi kering.
  • Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap.
  • Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.
  • Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
  • Anda lebih mudah diserang sakit kepala.
  • Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur.
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah.
  • Anda tidur mengiring ke kiri.
  • Air kencing anda berwarna kuning cerah.
  • Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu. #entah, tak prasan... Muahhahaaaa... *_*
  • Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.
  • Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.

Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika...

Berikut adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa mengenai mengandungkan anak perempuan.
 
 pic pinjam kat google
 
  • Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
  • Perut anda bulat. #biasa gak dengar cmgini
  • Perut anda “tinggi”.
  • Muka anda tidak berseri-seri. #ohyer ker?? ramai yang cakap nampak muke  ai berseri2 jer... MUahhhaaaa..
  • Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan. #Simptom WAJIB setiap kali peknen
  • Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan. #No Komen *_*
  • Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang.
  • Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula. #Lebih suke sayur-sayuran.
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.
  • Kulit anda lembut.
  • Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa. #cepat tersentuh, mudah menangis)
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas.
  • Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku. #uurmmm... tak prasan pulak.. **wink..**wink..**
  • Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
  • Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil.
  • Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil.
  • Anda tidur mengiring ke kanan.
  • Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
  • Air kencing anda berwarna kuning samar.
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”.
Ha! ada lagi satu benda nak share ngan korang.  Kalender untuk memilih Jantina anak berdasarkan kalender cina. "Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan"


So, amacam, korang dah bole agak ker korang peknen BOY or GIRL?? PINK or Blue?? HHhahaaahhahaaaaa... Tak kesahlah kan uolzz janji BB selamat & sihat. Tu pun dah cukup bersyukur.!! Insyallah.




No comments:

Post a Comment