Nuffnang's Ads

Nuffnang's Ads

Tuesday, March 19, 2013

Why Czer?

Choyyy!!!! dah braper malam aku tak bole tido ni. Bile mata lelap, otak pulak merayap entah kemana. Macam2 aku pikir skunk nie. Xpecially nak menempuh pengalaman beranak kali ni. Macam nebes lain macam jer rasenye.

Kali ni pun aku bersalin cara czer. Memang aku tak bole beranak cara normal. Doc tak advices & xnak ambik risk. KENAPA?? haaahhaaa.. terror tak aku, bole bace pikiran korang. MUahhhaaa.. #tepukbahusendiri

Sebabnye...
Aku penah ada xperience 'FIBRIOD' sebelum aku kawin lagi. Besar jugaklah. Kedudukan dia memang betul2 dalam rahim, dalam bahagian peranakkan. Meh ler aku citer sikit pengalaman fibroid yang penah aku tempuh. Aku tak ingat umur aku brape time tu, rasenye aku kene mase aku baru habis study & baru dapat keje time tu. 'NORMAL' bagi aku kalau setiap kali period WAJIB kene senggugut. Tapi bile ambik ponstan, bertugku & kasi lelap skejap, pastu akan ok. 

  pinjam kat google

Tapiiiiii mase nak kene 'fibroid' tu simptom dia lain sikit. Bleeding tak henggat, macam orang tumpah darah & kuar berketul2 darah beku bentuk dia macam hati ayam (sorry!) & jangka masa period agak lame. Sampai mak aku pun dah cuak time tu, udah kenapa aku cmgitu. Terus mak aku ajak refer HUKM. Biasalah HUKM time tu, urmmm... aku nie dah macam bahan ujikaji dah. Banyak pelatih kat situ, sampai letih aku nak jawab soklan2 dorang lepas sorang2 yang datang. Mase doc  sahkan aku ada fibroid tu, doc bagi aku 2 option. 1 BUANG RAHIM & SECOND MAKAN UBAT nak tengok dia makin membesar ker tidak. Sekiranya fibroid tu semakin membesar, makanye RAHIM PERLU DI BUANG. (Senangkan??!!)

Mase aku kene tu, memang jaraaaaannngggg dengar & kurang pendedahan pasal 'fibrod' nie.  Doc bagi ubat & dia suh datang lagi 3 or 4 bulan kemudian. Nak nengok progress. Disebabkan bleeding, doc detect kene animea pulak. Dah pulak aku kene  ulang alik ke hospital untuk ambik ubat tambah darah (macam wat dialisis) kene ambik selama seminggu. ppfuhh!!. 

pinjam kat google
 ~ Lebih kurang camginilah rupe fibroid yang kuar dari rahim aku ~

Pastu mak aku tak puas hati, dia bawak aku refer kat Klinik Pakar Samuel area Jalan Tun Razak berdekatan ngan Pudu. Kat situ dorang detect ada ketumbuhan tak silap aku dalam 5cm cmgitu dalam rahim aku. Soklan pertama doc tanya aku Dah Kawin? of course ar blum kan. Compius gak aku time tu ngan soklan doc, aper kaitannye. Kalau belum, kita taknak usik rahim u & kita akan cuba selamatkan. Sebabnye u blum ada 1 zuriat lagi. If u dah kawin, memang kita akan buang rahim u. Tapi kita akan cuba sebaik mungkin. Mungkin kita akan guna teknik scoop (macam scoop eskrem), kita tak usik rahim u, kita just buang ketumbuhan jer. pastu kita kasi jahit rahim u. Kedudukan ketumbuhan u, betul2 dalam rahim. Jaminan u nak ada bb after u married, i tak bole nak cakap.  GULP!!  time tu, aku pandang mak aku, macam2 perasaan ada. Time tu aku hanya mampu berdoa jerlah & mak aku pun bagi green light kat doc daripada aku berterusan macam nie, darah pun banyak kuar. Petang tu jugak buat operation.. Yang syahdunye mase sebelum masuk bilik O.T, aku siap cakap ngan boifren aku (My laling dulu, kini & selamanya), suh dia carik girlfriend lain supaya dia tak menyesal kemudian hari (drama sangat mase tukan..), atas sbb yang dinyatakan oleh doc tadi. Uhhuuuuu.... Sedey hokey! Siap aku suh, kakak aku cakap ngan dia lagi. Aku takut dia nyesal tunggu aku. (Kononye) Muahhahaaaa.. Bile ingat balik, geli hokey ayat camgitu. Hhaaaahhaaaa... Tapi Alhamdulillah dia tunggu aku untill now. I luve u laling!

 pinjam kat google


Alhamdulillah, lepas buat operation tu, after 2, 3 year aku get married.  Ooppsss lupe lak nak story, fibroid yang kuar dari rahim aku tu size dia adalah kecik sikit dari bekas taufufa. Yang bekas plastic transparent tu. Macam mane aku tau?? Doc tu, siap letak kat dalam bekas tu lagi.. hahahaaaa... suh aku bawak balik. Tak kose aku.

Mase nak kawin pun, aku ada cakap ngan dia, let's say Allah tak bagi kita anak, macam mane? then wollz dah siap decide nak ambik anak angkat. Jauh benor planning kitaorang time tu. Aku percaya qada & qadar Allah, Kalau DIA nak bagi anytime. Lepas kawin, aku tak tunggu lame, 3 bulan aku disahkan peknen. Alhamdulillah.. After 9 months peknen, doc pakar SDMC decide aku memang tak bole beranak secara normal. Kalau aku beranak secara normal, kemungkinan parut luka aku mase operate fibroid tu bole BURSTTT & risiko dia jadi bleeding yang banyak & membahayakan nyawa aku sendiri. Aku ada juga tanye second opinion then doc tu pun cakap benda yang sama. Ok, aku terima ketentuanNYA seadanya.

Alhamdulillah, rezeki Allah bagi kat aku, dah nak masuk 3 anak aku. THANK YOU ALLAH!


8 comments:

  1. Alamdulillah rezeki you.. 3 org... fibroid ni mmg menggerunkan.. i pun ada fibroid sambil preggykan my baby last year. what a nice blog.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. memang scary the merry.. Thanks dear, sudi singgah..

      Delete
  2. Thanks to u too jengok blog I.. :)

    ReplyDelete
  3. Sy pun ada fibroid.. Kes sama lbh krg mcm awak. Tp saiz fibroid sy sgt besar

    ReplyDelete
  4. Sy pun ada fibroid skg.. Sama mcm kes awk.. Baru stahun khwin.. Semalam dktor detect ada fibroid yg sgt besar.. Sbb 2 sy xbleh mengandung.. Sedih sgt skg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      oh yer ker? dah terai mintak 2nd opinion x? Kalau belum, saya advicekan mintak 2nd opinion. Kenkadang tu, lain doktor lain caranye. Macam kes saya tu. Doc HUKM terus nak buang rahim saya masa tu sedangkan mase tu sy blum kawin pun.. ermmm.. kalau takkk hurmmm... Jangan sedey2. Setiap penyakit ada ubatnye. In Syaa Allah, selagi kita berusaha, selagi tu Allah akan tunjukkan jalan.

      ok!

      Nakmo sedey2 yer..

      Thanks sudi jenguk belog ai yg ala2 nie..
      hehheeee..

      Delete
  5. Salam..tq for sharing ur experince. Nk tny masa u buat scoop tu dkt hosp mana ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkum salam.. sharing is caring kan.. heheee..
      Sy pegi dekat hospital Samuel dkt jln pudu. Trylah pegi kat situ.. mintak 2nd opinion

      Address: No. 313, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, 50400, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, 50400, Malaysia
      Phone:+60 3-9284 3684 (sumber: google)

      Delete