Monday, May 26, 2014

Happy Birthday Anakanda Indah Cinta Qhadeeja.


24HB. MAY 2014 genap 1 tahun usia anakandaku INDAH CINTA QHADEEJA

Alhamdulillah, dia membesar dengan sihat & sempurna.
Tiada kata2 yang paling indah yang dapat aku ucapkan padaMU Ya Allah atas kurniaan yang telah KAU berikan kepada kami.


Indah, pada aku adalah anak yang kuat semangatnya.
Dia berjaya bertarung nyawa dari awal usianya 2 bulan dalam kandungan aku.
Semasa kandungan aku berusia 2 bulan, doktor detect ada cecair di bahagian rahim aku, perlu dikeluarkan. Minor operation harus di jalankan untuk mengeluarkan cecair yang ada.
BUT doc tak berani nak bagi jaminan, samada 'baby' akan bertahan lama dalam rahim aku atau tidak.
Perasaan aku time tu, susah nak digambarkan sebab baru 1 tahun sebelum tu aku keguguran.. :(

Tapi aku bersyukur adanya en. daddy sebagai penguat untuk aku. 
IN SYAA ALLAH baby kuat.
After operation. Doc beri aku jap untuk kuatkan kandungan selama 3 hari berturut2.
Doc, hanya bagitau "hopefully baby ni kuat. If tak, dia akan turun dengan sendirinya (means gugur)"
Hanya mampu TAWAKAL supaya baby kuat dalam rahim aku.

Lepas seminggu.. Alhamdulillah, takda turun darah, takda tanda2 yang baby akan 'turun'

*__________*

Aku cakap ngan en. daddy, gerak hati aku, baby ni kuat untuk jumpe, mommy, daddy, abang adam & kakak qaseh.

Alhamdulillah


 Masa kandung aku dah menjangkau 7 bulan kalau tak silap aku. Doc detect bacaan rubela aku negative. Means that dah takda langsung.
Aku tanya kat doc, rubela ni penting ker?
Rubela ni penting, sbb if ibu takda rubela potiental anak nak dapat pekak tu tinggi.

Lagi sekali aku diuji.

Ya Allah, memang time tu, susah betul hati aku. Macam mana dia nanti IF dia tak boleh dengar.
Ya Allah..  macam mana dia nak dengar aku panggil nama dia, macam mana nak dengar bila abang & kakak dia, nak panggil nama dia.. Macam mana pergaulan dia nanti..
macam2 aku pikir. Siap aku dah google alat pendengaran untuk dia pakai IF betul2 dia tak boleh dengar..

Ya Allah. Memang berat juga utk aku terima semua ni. TAPI aku cukup bersyukur en. daddy ada dengan aku untuk melaluinya. Aku tengok dia tenang utk menerimanya sekiranya berlaku.



Lepas melahirkan baby Indah, dia melalui beberapa ujian yang kebiasaannya semua baby lalui,
ujian penglihatan & ujian pendengaran, Alhamdulillah, baby Indah lulus semua ujian ni.
Doc dah sahkan dia takda masalah dengan penglihatan dan juga pendengaran.

Alhamdulillah. 





Terima Kasih, Ya Allah kerna mengurniakan kami anak seindah ini.


 Indah Cinta Qhadeeja Binti Ahmad Azrul

Semoga Indah jadi anak yang solehah untuk mommy & daddy
& di beri kesihatan yang baik.
Semoga Indah jadi penghibur untuk abang, kakak, mommy & daddy
Semoga Indah membesar dengan chumeelnya..

Mommy, Daddy, Abang Adam & Kakak Qaseh sayang Indah sangat2!


Love you sayang!


No comments:

Post a Comment

Hai.

Kite ada ni ha.. tengah lap2 habuk ngan debu kat blog ni. hahahha..  Dah tebal betul, almaklumlah almost setahun jugak kat update blog. ...